Friday, September 6, 2013

Terima kasih karihome dan Moogoo

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hampir dua minggu Amal Khalisah menggunakan produk Moogoo, memang nampak sangat perubahan pada kulit.. Campur pulak dengan susu yang dia minum, memang bertambah baik keadaan dia.. Sebelum nie aku pening kepala soal pemakanan Amal, susah nak makan, kurus, minum air pun tak berapa nak.. Nak habiskan sekeping roti dengan nutella pun kemain lama.. 

Sekarang nie selera makin menjadi, bangun pagi dah minta makan.. Koko krunch, biskut, roti, memang kena standby kat rumah. Bila-bila masa je dia akan minta makan. Air pun sama, satu botol besar air ribena meman standby untuk dia je. Sehari akan habis.. 

Kulit Amal makin gebu, jarang nampak dia menggaru.. Mandi pun nampak dia sangat selesa dengan krim mandian Moogoo. Cuma masa mandi aku tak boleh biarkan dia mandi sendiri, biar sia main air, jawabnya satu botol krim mandian habis dia main.. 

 Pukul 1:20am, kejut mommy tengah tido  .. "Mommy, amal hungry.. I want to eat.." Kemain selera anak dara nie.. Walhal malam tadi dah makan banyak.. Kalau dia lapar, memang tak boleh tido.. 

Cuma tone warna kulit tu jelah, masih tak sekata.. Nak baik bukan sekejap tapi ambil masa.. Mana boleh baik sekelip mata je kan? Harapnyalah keadaan kesihatan Amal Khalisah berpanjangan.. Moga takde sebab lain yang membuatkan ekzema dia naik.. Dari segi pemakanan pun aku pantau juga.. Tak nak mendatangkan kesan pada dia, kesian nanti..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...