Friday, August 30, 2013

Topical Steroid Withdrawal atau sindrom kulit merah

Assalamualaikum.. Sedikit sebanyak aku nak kongsi hasil dari pembacaan aku mengenai ekzema. Selama nie kita takde kesedaran tentang bahayanya penggunaan steroid terhadap kanak-kanak. Kita nie asal merah, asal naik ekzema terus sapu krim yang doktor bekalkan.. Hasil sapuan, merah hilang, kita pun lega.. Tapi ada tak kita fikir disebalik 'kehebatan' ubat tu sebenarnya bakal menyusahkan hidup anak-anak kita? Pernah tak kita sebagai ibu bapa kaji apa yang kita bagi untuk anak-anak? Bila jadi, kita salahkan doktor, 'dah doktor yang bagi.. mana kita tau...' tunding jadi kat orang lain.. Aku bukan cakap pada orang lain tapi batang hidung sendiri.. Dek kerana sikap 'terbiasa', anak jadi mangsa.. Hasil dari pembacaan, aku dapat info nie untuk dikongsi bersama.. Sumber : NAAE

Adakah ini anda atau anak anda?
Inilah kondisi pesakit atau anak-anak yang punya ekzema yang mengalami Ketagihan Steroid Topikal (juga dikenali sebagai Sindrom Kulit Merah). Pesakit mungkin telah jumpa dari seorang doktor ke seorang doktor yang lain dalam keadaan yang cukup dasyat dan terdesak untuk melegakan gangguan kulit mereka. Namun akhir pesakit bukannya mendapat bantuan, malah punca kesakitan mereka, iaitu steroid. Apa yang lebih buruk adalah hakikat bahawa kanak-kanak menjadi ketagih dengan lebih cepat daripada orang dewasa, kerana sistem imun mereka masih membangun. Jadi, adalah sangat penting bahawa ibu bapa sedar gejala ini dalam kondisi anak mereka kerana, seperti beribu-ribu kanak-kanak lain, mereka mungkin telah didiagnosis secara SALAH oleh pakar perubatan.

Bagaimana Saya Tahu Jika Anak Saya Menderita Dengan Ketagihan Kepada Steroid Topikal?

Gangguan kulit, selain gangguan mental, adalah yang kedua paling sukar untuk didiagnosis. Walau bagaimanapun, menurut International Topical Steroid Addiction Network atau ITSAN terdapat  lima tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh menunjukkan anak anda mengalami ketagihan steroid:

1) Anda menggunakan atau telah menggunakan sapuan steroid topikal secara kerap untuk tempoh masa yang melebihi dua hingga empat minggu. 

2) Apabila anda berhenti menggunakan steroid topikal keadaan kulit anda menjadi merah, terbakar, membengkak, dan mungkin juga melelehkan air. 

3) gejala ekzema anda semakin merebak dan menjadi sukar untuk diuruskan. 

4) Doktor anda (atau pakar dermatologi) terus meneris semakin memberi kortikosteroid yang meningkatkan kekuatan steroidnya, dengan pelbagai laluan samada secara sapuan, makan dan suntikan, dan sering memberi diagnosis 'ekzema,' tetapi tiada apa yang dia beri mampu membawa ekzema anda di bawah kawalan. 

5 ) Selepas banyak ujian untuk alahan dan perengsa anda tidak dapat mengenal pasti punca.

Bagaimana Ia Dirawat dan Apa Yang Boleh Saya Harapkan?

Ramai doktor menafikan bahawa sindrom ini wujud. Walau bagaimanapun doktor seperti Dr Marvin Rapaport (dari Amerika Syarikat) dan Dr Mototsugu Fukaya (dari Jepun) telah sangat berjaya dalam merawat dan juga menyembuhkan pesakit mereka yang telah sampai ke tahap keadaan ekzemanya sangat teruk. Rawatan untuk orang-orang yang mempunyai tanda-tanda dan ciri-ciri Sindrom Kulit Merah adalah pemberhentian kortikosteroid secara serta merta. Ia biasanya diikuti dengan proses "withdrawal" yang perlahan dan menyakitkan. Mereka yang mengalami Topikal Steroid Withdrawal (TSW) mungkin akan mengalami kemerahan dan bengkak (Edema) pada kulit, gatal-gatal yang sangat sengit yang melampau dan sensasi membakar di bawah kulit (panas pada sentuhan), lemah, insomnia, dan kemurungan (saya hanya menyebut beberapa sahaja, namun masih banyak lagi). Ada yang menyifatkan ia sebagai "sakit yang paling teruk secara fizikal yang pernah mereka dialami." Tanda-tanda TSW boleh menjadi agak melemahkan, dahsyat dan mengambil masa selama beberapa tahun bagi mereka yang telah lama memakai steroid. Tetapi, apabila tempoh pengeluaran telah berlalu, secara majoritinya kanak-kanak tersebut 100% sembuh.

Air mata aku nie dah menitis bila baca satu-satu perenggan ayat kat atas nie... Rasa macam selama nie punca ekzema makin teruk datang dari aku.. Main ikut sedap sapu, dan yang paling buat aku rasa frust, bila baca artikel nie  AQUEOUS - KRIM EKZEMA YANG BOLEH MENJADIKAN KULIT ANDA LEBIH TERUK.. Ya Allah, dah berbalang habis buat sapu kat badan anak.. Usia dia dah 3 tahun lebih, selama tulah aku sapu krim nie, sapu steroid kat badan dia masa ekzema naik.. #tekupmukanangisssss 

Hari kedua sapu produk Moogoo, badan Amal Khalisah naik merah, berair.. Amal pun nampak monyok, merengek, nak menepek dengan aku sepanjang hari. Masa mandi tadi, dia nangis sebab pedih, masa sapu krim pun sama. Takpe, aku tau nie proses nak sembuh. Bukan senang.. Selama nie bergantung pada steroid, kulit makin nipis, kulit badan pun dah bertompok macam panau kesan dari pengambilan steroid.. Takpelah ambil masa sikit nak sembuh.sebab Amal pun dah lama guna steroid ..


Amal Khalisah..
Nampak tak tompok-tompok merah, gatal kat muka?
Kulit muka kasar, bersisik, mata bengkak..
Belakang badan kasar macam kertas pasir, putih sebab kulit kering
leher, pelipat siku, lutut, kaki, pendek kata satu badan macam tu..
tidur tergaru sana sini, berpeluh sikit mula la menggaru
Harapnya la cepat reda, insyaAllah ingat nanti nak buat ujian darah untuk Amal, nak tau apa yang dia alah.. senang kita boleh pantau apa yang terbaik untuk dia..

Pada parents yang ada anak ekzema, boleh LIKE Natural Healing For Asthma, Allergies & Eczema, banyak sangat info yg berguna utk panduan kita...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...