Monday, August 12, 2013

Puree untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ramadhan dan aidilfitri kali nie serba sederhana, syukur sangat. Dari segi persiapan, ala kadar je.. Cuma nampak meriah bila dapat jahit baju raya sendiri dan baju anak-anak. Sampai demam wokkkk.. Sakit habis urat saraf..
Kuih raya dapatla buat 3 jenis je.. Yg ringkas-ringas.. Cornflakes madu, biskut arab (wajib sbb kegemaran husband dan mama) dan samperit.. Ada Amal Khalisah, dia la yg banyak bantu..

InsyaAllah raya tahun nie beraya di Kuala Lumpur, giliran husband.. Anis Khairina dah nak masuk 7 bulan, aku pun dah start bagi Anis makan masa dia 6 bulan lagi.. Since nak berkampung di rumah mertua beberapa hari dan balik Kuantan hingga Isnin, nak tak nak kena juga siapkan makanan untuk Anis. Takkan la mommy nak sumbat nasi impit dengan rendang pula kan? Haruslah bawa bekal untuk dia kemana je.. Raya wokkk..

Buah pear, mangga, lobak merah, keledek, avocado

Untuk lobak merah dan keledek, harusla rebus atau kukus sehingga benar-benar empuk, kemudian kisar sehingga menjadi puree.. Sama juga dengan buah pear

Avocado paling senang, campurkan dengan sedikit air dan kisar hingga menjadi puree.. Buah mangga pun sama..

Ini hasilnya. Puree avocado dan puree lobak merah

Puree keledek+mangga dan puree buah pear.. Letak dalam bekas nie senang nak bagi makan, simpan dalam peti ais atau freezer, sampai masa nak makan, rendam dalam air panas.. Nak bawa travel pun senang..

Sebelum bagi makan pada baby, campurkan puree dengan susu ibu (ebm) dan sedikit minyak zaitun, ini untuk mengelakkan baby sembelit..

Dan untuk mommy.... 

Tadaaaaa.. Jus avocado.. Coklat tu nutella sebenarnya.. Gediks nak letak jugak.. Senang sangat nak buat.. Cuma perlukan avocado, sedikit susu pekat manis dan air.. Kisar sebati dan sedia untuk diminum.. Sangatlah mengenyangkan tau.

Ok mommies out there, selamat mencuba resepi puree ringkas ini untuk si  manja!!


8 comments:

JaSSNaNi said...

sedap nampak.. semua nampak best dan berkhasiat.. sure baby suka.. kan..

...mommy jue... said...

Tengok anak2 makan, kita pun sama naik terliur

Norhidayu Abdullah said...

jus avocado mmg yummy..elma pun mcm tak berapa gemor avocado, ibu lah tukang perabis

paper planes said...

Salam sis.. berapa lama puree baby boleh simpan?

paper planes said...

Salam sis.. berapa lama puree baby boleh simpan?

...mommy jue... said...

paper planes : kalau simpan dalam frezer boleh tahan dua minggu.. bergantung atas demanding baby, cepat makan cepat habis.. tak galakkan buat banyak2 sekaligus.. buat seminggu sekali pun lagi bagus sebenarnya..

Yinez Reen said...

Salam sis. Nak tye. Kalo kita dah bekukan carot n kentang, nnti nak bg mkn dgn bubur nasi mcmn? Time masak bubur cmpur skli dgn puri carot tu ke atau panaskan puri tu then campur bila bubur nasi dah masak?

...mommy jue... said...

wslm... kalau untuk bubur seeloknya pakai yang fresh, sbb blh blend skali dengan nasi. tapi kalau nak guna puree, elok kukus/panaskan dlu puree yg dah frozen supaya lembut.. dah lembut, campurkan skali dengan bubur.. selamat mencuba =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...