Thursday, August 29, 2013

Produk Moogoo untuk ekzema

Assalamualaikum.. Ekzema Amal Khalisah makin meriah satu badan.. Kesian dia, tak tahan tengok asyik menggaru sana sini, menahan pedih bila mandi, perit kulit bila kulit kering.. Mujurlah ekzema tak naik ke kepala, kalau tak lagi kesian..

Mungkin ada la silap kami as parents, salah bagi makan or sebab tukar susu. Sebelum nie Amal Khalisah minum susu karihome, susu kambing tapi menggatal tukar anmum pulak, yg jadi mangsa Amal Khalisah, gatal sana sini.. Sorry sayang..
Kalau ekzema dia naik biasanya kami sapu aquos cream je sebagai pelembab dan letak elomet, steroid.. Jarang la letak steroid kat kulit dia sebab menipiskan kulit.. Since dapat tahu kesan jangka panjang steroid, langsung aku tekad nak jauhkan semua tu dari dia.. 

Hasil google, ramai ibu-ibu yang senasib suggest brand Moogoo.. Memang mahal sikit produknya tapi tak salah mencuba.. Semalam juga kami mencari dan alhamdulillah jumpa, rezeki Amal Khalisah..

Starter pack RM187.00...


Nie yang penting

Antara produk Moogoo yang lain

Produk nie takde steroid, so nak nampak kesan memang ambil masa. Takdela magic, letak terus baik. Untuk jangka masa terdekat nie mungkin menampakkan kesan macam makin meriah ekzema naik sebab nak 'detox'kan steroid yg dah sebati dalam badan.. Nanti aku storykan pasal nie..

Produk nie setakat nie nampak ok, memang la takde bau, tak wangi-wangi macam produk lain. Kalau siapa yang pernah pakai produk simple, lebih kurangla bau nya.. Tak busuk tapi boleh terima dek hidung.. Susu pun dah kembali semula ke susu karihome.. 

Ekzema nie memang takde ubat nak sembuhkannya.. Aku ingat lagi apa yg doktor cakap pada aku sebab aku pun ada ekzema, asthma dan sinus. Ekzema susah nak sembuh, cara lain yg dapat buat, elak dari naik je.. Pemakanan, persekitaran, cuaca.. Memang sedikit rumit nak jaga penghidap ekzema nie, memerlukan belanja tinggi.. 

Harapnya bertambah elok la lepas nie..

p/s : kualiti gambar kurang menarik, guna hp je wokkk

2 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Utk kesihatan anak...mahal pun x pe kan...dri tgk dia menggaru..kita pun klau kena x selesa...apatah lgi budak2...

Mizz Nur Qaseh said...

Slm.dimana nak beli moogoo ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...