Sunday, July 7, 2013

Egg with minced chicken and vege

Assalamualaikum... Lagi beberapa hari umat Islam bakal menyambut Ramadhan.. Bulan yang memang di nanti setiap tahun.. Masa nie lah nak 'top-up' amal ibadah.. Moga ramadhan kali nie memberi keberkatan buat kita semua.. InsyaAllah.. Amin..

Masa bulan puasa nie, mesti la parents dok terfikir menu apa nak bagi kat anak-anak.. Aku pun salah sorang yang bakal pening-tenung-peti-sejuk fikir apa nak masak untuk Amal Khalisah.. Salah satu menu-hentam-sajalah-labu yang terhasil pagi tadi, Egg with minced chicken and vege..

Kisahnya anak dara nie, Amal Khalisah tiap hari nak cupcake.. Sangat tak healthy bagi anak cupcake tiap-tiap hari.. Tawakal pada Allah, ikut naluri yang Dia bagi, ini lah yang terjadi.. Meh salin resepi yek..


Bahan-bahan :

7 biji telur ayam (ikut saiz-kalau saiz A, 5 biji dah cukup)
2 cawan daging ayam cincang 
(beli yang dah siap, nak guna daging pun boleh)
daun bawang - potong halus
capsicum - potong dadu
**terpulang pada citarasa nak letak sayur apapun
lada hitam-tumbuk kasar (tak nak letak pun takpe)
satu sudu mayonis - kasi gebu
3 sudu besar bread crumb
kepingan keju, mozarela pun boleh
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Cara-cara :
Satukan ayam serta sayuran dan bread crumb.. kacau rata
masukkan telur, kacau hingga sebati
masukkan sedikit garam
masukkan minyak zaitun dan kacau sebati
panaskan oven pada suhu 160c selama 15 minit..
sudukan adunan dalam kertas cawan
(jangan isi penuh, sebab telur akan kembang)
letakkan kepingan cheese
bakar selama 15 minit pada suhu 170c/hingga masak

Boleh makan bersama sos dan mayonis.. 

Selamat mencuba u ollsss.. xoxo





1 comment:

bunga_rose said...

tu laa weh, aku tgk gambar kt fb slm pehhh jgn kan budak, mak budak pun terliur tgk masakan ko wehhh hahhah..

tq share resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...