Wednesday, July 3, 2013

Cuti-cuti Cameron Highland | orchid lodge

Assalamualaikum.. Last datang Cameron Highlands masa preggy kan Amal Khalisah.. Baru la sekarang berpeluang datang sini lagi, bawa MIL jalan-jalan ubah angin.. Satu malam je di sana.. Kali nie menginap di Tanah Rata.. Orchid Lodge.. Kebanyakan hotel di Brinchang dah penuh, nie pun dapat last minit.. 


Siapa yang berminat, boleh datang ke sini

ruang tamu kongsi dengan penghuni lain.. Astro Beyond ok.. 

Ruang balkoni dari bilik, sekangkang kera je..

banyak pokok orkid kat sini

antara yang menarik perhatian

Satu kelemahan hotel nie, terletak di tingkat atas rumah kedai.. Agak sukar untuk warga emas nak turun naik tangga.. Kesian sangat.. MIL naik masa nak check in dan turun masa nak check out je.. 

Nasib kami agak malang, heather kat dalam bilik air tiba-tiba rosak, terbakar, hangit satu bilik.. tak tau mana silapnya.. Minta kurangkan bayaran bilik, memang tak boleh dah.. boleh pulak Hisyam (mat bangla yang dah lama menetap kat Malaysia, katanya jaga hotel nie) minta kami mandi di bilik air lain.. 

Terpaksa lah jerang air, berangkut masuk dalam baldi... Kesian anak-anak dan mak mertua..  Memang la rasa nak marah, tapi apakan daya..

Lepas check in, kami ke Pasar Malam Brinchang.. Cari makan untuk alas perut.. Nasib kami baik, jalan tak sesak sangat, walaupun susah nak dapat parking tapi rezeki anak-anak tu ada.. Dapat juga yang dekat, tak jauh dari tapak pasar malam..

Murah? hmm, bolehla.. balik boleh buat sendiri.. celup dengan nutella lagi sedap

suka sangat budak nie dengan strawberry

murahla kalau nak dibandingkan dengan pasaraya kat kL.. besar pun besar..

Macam-macam ada jual kat sini, jagung rebus, keledek rebus, sayur-sayuran, makanan basah takde.. Aku beli rangka ayam goreng, jagung rebus, keledek rebus.. itu je kot.. bolehla buat alas perut.. tambahan bekal yang MIL masak masih ada lagi...

Ok, sambung next entry.... Anak dah bangun


1 comment:

Suhaila Zahari said...

Teringinnya nak pergi Cameron lagi..singgah follow blog akak.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...