Friday, July 5, 2013

Cameron Highlands | part 2 | bunga oh bunga

Assalamualaikum.. Kami bermalam cuma satu malam je di CH.. Memang tak puas jalan la, dengan keadaan terlalu banyak kereta, sesak semacam.. Rasa macam nak repeat vacation, pergi time weekdays.. Lepas check out, dalam pukul 9.00am, time tu orang pun dah ramai memenuhi sekitar tanah rata, masing-masing sibuk cari makanan untuk alas perut..

Kebetulan, ada pasar tani di Tanah Rata.. Sempat la singgah beli kuih muih.. Dapat jugakla merasa lepat pisang dan lepat ubi kegemaran yang dah lama mengidam.. heaven ok.. Harga kuih sma kot macam kat KL.. 5 RM2.00.. Rasa? bolehla telan time cuaca sejuk..

gigih berselit-selitan semata nak beli kuih..

pasar nie ada jual ikan, ayam, barang-barang basah.. berbeza dengan pasar malam brinchang.. 
ada ketam nipah wokkk, jeling kat husband.. dia buat tak tau je.. hmmpfff

Nasib kami agak baik, mungkin sebab gerak awal dari Tanah Rata, so takdela tempuh kesesakan lalu lintas yang teruk sangat menuju ke Kea Farm.. Actually boleh je nak beli sayur kat Tanah Rata tapi bila sampai sini, macam satu kemestian pula untuk ke Kea Farm..
Orang ramai, masyaAllah.. Macam ada pesta... Macam-macam ada.. Kebanyakannya sayur-sayuran, strawberry dan yang pasti ada bunga..


bunga hidup... murah je..

yang masih dalam sarung nie, bunga ros yang dah di awet.. tak perlu air. balik letak dalam pasu je.. cantik.. mak mertua beli, untuk raya katanya.. 
(muncung sebab suami tak belikan bunga... sedehhhh)

Kebanyakan peniaga kat sini, ramai yang cina.. bab tawar menawar memang mimpilah diorang nak bagi.. kedeksss kan.. Sepanjang kat Kea Farm, beli sayur-sayuran, fridge magnet, keledek madu, jagung, strawberry dan bunga.. Itu pun dah cukup buat bahu nie rasa macam nak tercabut.. Berat wookkk!!

Lagi satu, kalau datang sini time weekend sekalipun, berjaga-jagalah.. Kalau parking kereta sepanjang tepi jalan tu, memang akan dapat 'surat cinta' dari polis trafik. Nasib la kami tak kena. Selang beberapa buah kereta je lagi.. Cepat-cepat kami cabut.. kuikuikui...

yeay!! datang sini memang rambang mata.. baru berjinak nak berkebun-lah-sangat.








berkenan sangat kat pokok nie tapi takde tempat nak gantung..
husband suh gantung kat ampai baju.. sentap makk

bertuah badan, satu pasu bunga ros dia bagi.. memang pakej beli jaga sendiri dan jangan minta bunga lagi namanya nie.. sobsss.. 

Apapun, dapatla rembat 4 pasu bunga... Harapnya hidup lama la bila dah pindah kawasan nie hah.. Banyak tempat yang tak dapat pergi dek kerana ramainya manusia, mana sesak dengan kereta, basnya lagi... tak dayo den.. Owh, kami naik dan turun ikut Tapah.. sebabnya nak beli petai punya pasal.. hehe.

Pada aku jalan yang selesa sikit tetapi sedikit jauh, lalu ikut Simpang Pulai.. Takdela pening sangat masa nak turun.. Turun ikut Tapah, memang tenyeh minyak angin jelah kat dahi.. hehehe....

Ok, terima kasih sudi baca entry nie.. daaa...~~~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...