Monday, June 24, 2013

Tindakan semasa jerebu

Assalamualaikum.. Ya Allah, 2 hari  keluar dari KL, duduk dalam hutan Bukit Fraser, balik KL semalam tengok keadaan jerebu makin merunsingkan. Tahap IPU juga makin meningkat.. Berikut gambar sepanjang perjalanan dari Lebuhraya Karak dari Bentong.. Penuh dengan jerebu tebal..





Gambar nie pula amik dari tingkat 13 apartment aku... Masa nie dalam lingkungan jam 3:05 petang.. Anak-anak kena kuarantin dalam bilik, tak dibenarkan keluar esp Anis. Kat ruang tamu pun masih berbau asap even semua tingkap dan pintu tertutup.. Dapur? Gantung kuali sehingga petang nanti.. Disebabkan dapur open, memang susah sikitla nak masak dalam keadaan cuaca macam nie... alasan nak gantung kuali..



Dalam keadaan macam nie, yang paling risau keadaan anak-anak la.. Nak fahamkan diorang keadaan macam nie pun sikit punya payah.. Nak bagi pakai face mask, lagilah dia takut.. Bebudak kan cepat rimas.. Harap anak-anak kita dilindungi, moga diorang sihat hendaknya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...