Wednesday, June 26, 2013

Cuti-cuti Bukit Fraser

Assalamualaikum.. Weekend baru nie berpeluang tumpang bercuti dan bekerja dengan my family. Setelah sekian lama tak bercuti, aku rasa nie la percutian pertama bersama family besar kami.. Kebetulan ayah aku terlibat dengan Bird Race, aktiviti tahunan anjuran Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser... Sambil bekerja, sambil menikmati keindahan alam semula jadi..

Ini merupakan kunjungan kedua aku ke sini.. For sure pengalaman sedikit berbeza.. 


Banglo Glen milik KTMB.. Ada 6 bilik yang besar, 2 ruang tamu, tempat makan.. Memang selesa lah..

banglo atas bukit... dekat sini takde kipas dan takde aircond.. cuma satu nasihat kalau bermalam di sini, silalah bawa ubat nyamuk, nyamuk banyak giler wehhh.. 


Tumbuhan tumbuh mekar, sesuai dengan cuaca kat sini..

acara tahunan.. memang di galakkan sangat la untuk sertai event nie.. dapat mengenal spesis burung yang ada sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang belum tercemar.. seronok tau...

salah satu tempat wajib bergambar kalau datang kat sini..

antara tempat menarik dan wajib kunjung.. Alllan's water...

ada paddle boat... murah je..

terbaru, waterball... seronok.. bukan senang nak imbangkan badan dalam nie.. jangan malu kalau anda jatuh tergolek dlam bola tu.. sebab kebanyakannya semua macam hamster-tak-cukup-nafas....

rasa teringin nak nyanyi lagu ikan kaloi, feeling jadi bawang merah, boleh beli makanan ikan kat sni.. dalam RM1.00/pack.. nyanyilah puas-puas sambil bagi ikan makan.. ikan kat sini gemukssss uolls...

The Paddock nie bersebelahan je dengan banglo glen, tempat kami menginap..
jalan kaki je pun datang sini..
ada dua aktivi yang boleh dilakukan kat sini..

menunggang kuda.. RM5.00 dewasa, RM4.00 kanak-kanak
RM8.00 (1 dewasa + 1 kanak-kanak) untuk satu kuda..


nak memanah boleh, menyumpit pun boleh... harga untuk kanak-kanak dan dewasa sama je

Jangan risau pasal tempat makan kat sini sebab ada food court berhampiran dengan Allan's Water.. Ada playground untuk kanak-kanak.. Balai polis, klinik kesihatan pun dekat.. Kedai runcit pun ada kat sini.. Cuma kebetulan kami datang dan terlibat dengan bird race, jadinya suasana kat Bukit Fraser sedikit meriah lah.. Banyak aktiviti di jalankan.. Sambung entry akan datang...






2 comments:

~LeeyanaRadhi~ said...

wahhhh bestnye...aku g Fraser aritu, xde main pon ni..xtauuu ade..uwaaa..

ok kena repeat lg..heheh

...mommy jue... said...

~LeeyanaRadhi~ waterball kah? baru lagi nie.. aku tengok memasing dah macam hamster dah.. lawak gile.. ha, blh la repeat g sna.. tenangkan fikiran kan.. bestttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...