Wednesday, May 22, 2013

Lontong goreng

Assalamualaikum...


Weekend baru masak rendang dan nasi impit. Tetiba tekak mengidam.. Hakhak.. Rendang habis awal sebab Amal Khalisah dok ratah rendang semata tanpa nasi or nasi impit.. So, ada la left over nasi impit dalam fridge.. Dek kerana hilang akai tak tau nak masak apa, maka tercetuslah idea nak masak lontong goreng versi campak-campak..

Tak sangka Amal Khalisah suka, daddy Amal pun suka.. Nak cuba? Senang je..

Bahan-bahan :
Nasi impit (potong dadu)
Cili kisar (bawang, halia, bawang putih kisar sama)
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Telur goreng (hancurkan)
Daun kucai (x letak sbb xde)
Tempe goreng (pun x letak)
Kacang panjang (xletak jugak)
Garam or serbuk perasa

Cara-cara :
Tumis cili kisar hingga garing
Masukkan kicap n sos tiram
Masukkan tempe, telur, sayur2n
Masukkan serbuk perasa, kacau rata
Last skali, masukkan nasi impit..
Kacau hingga sebati n siappp..

Sangat mudah kan?

Budak-budak memang suka sebabnya tak payah rumit nak suap mcm makan nasi.. Cucuk dengan garfu, suap masuk mulut.. Perut kenyang, hati suka.. Kehkeh

Selamat mencooobaaaaa!!

p/s : lontong goreng aku versi campak-campak apa yang ada dalam peti.. Korang? Sila rajin lebih dari aku.. Faham?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...