Tuesday, May 7, 2013

Anak kecil main api.. inai biru di jari

Assalamualaikum..







Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara




Alhamdulillah, dapat tunaikan kewajipan pada negara pada 5 Mei baru-baru nie..
Ini kali kedua aku mengundi, semestinya dengan perasaan yang berbeza namun hala tuju tetap sama..
Yang membezakan keadaan, mengundi kali nie aku dah pun jadi mak orang, jadi isteri orang..
Kali pertama mengundi, bujang lagi..
Bangun seawal pagi untuk mengundi, selesai mengundi terus balik kL.. 
Giliran suami pula mengundi di KL..

p/s : 'inai' masih biru di jari..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...