Tuesday, April 16, 2013

Kapsul minyak habbatussauda minsyam

Assalamualaikum...


Hampir 3 minggu aku amalkan minyak habbatussauda. Bangun pagi, ambil dua biji masa perut kosong. Alhamdulillah, nampak perubahan dalam diri.. Untuk minggu pertama, mungkin healing crisis, memang sedikit tidak selesa. Badan terasa panas, cepat lapar, berpeluh, sakit sendi, dan boleh bawa ke demam lah. Bab pencernaan tu, memang selalu ke tandas, najis warna hitam dan busuk sangat. Kalau buang angin kat pokok, confirm pokok mati lah!! HS umpama detox usus kita supaya senang nak serap segala jenis zat. Itu bagus..

Kopi Habbatussauda Al-Wafi

Selain dari softgel HS, aku jugak minum kopi HS. Memang la rasa tak sesedap kopi lain, tak sesedap nescafe, sedikit pahit payau, tapi bila bancuh dengan madu, memang sedap. Khasiat sama macam softgel cuma yang nie kena la telan satu cawan pagi, satu cawan petang. Ikut suka nak minum banyak mana. 


Kesan tindakbalas HS dalam diri..

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA’ KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA

Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda’:
1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)
2. Demam (Masalah usus kecil / besar)
3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)
4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)
5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)
6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)
11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)
12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)
14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)



p/s : bagus untuk ibu menyusu.. memang susu akan banyak bila makan HS nie.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...