Thursday, March 21, 2013

Rumah Makan Cibiuk, Rajanya sambal

Assalamualaikum..
Lama tak buat entry jalan-jalan cari makan..
Dulu aku dengan husband kalau terasa nak makan makanan indonesia, selalu ke Wong Solo
Sekarang, dah berpaling tadah ke Rumah Makan Cibiuk



Antara sebab kami berpaling tadah,
* Rumah Makan Cibiuk sangat dekat dengan tempat tinggal kami
* Portion makanan memang maveles, sangat sesuai untuk kami yang kuat makan
* Harga sangat berpatutan

Nasi Liwet Kastrol 
set untuk 2 orang makan.. tapi kami makan bertiga sekali dengan Amal.
Ayam sangat sedap, cukup rasa dan menepati selera
Kalau nasib baik, pakej nie datang sekali dengan secawan teh panas..

Nasi Liwet Kastrol, set untuk 2 orang makan
Nasi yang cukup untuk 2-3 orang makan, bergantung pada tangki memasing
Ada tempe goreng, tauhu goreng, ikan kering, ayam goreng/bakar, sambal, ulam-ulaman dan jering goreng


kebanyakan menu kat sini dalam bahasa sunda, indonesia
so kalau tak faham, silalah ringan mulut bertanya


ada dua pilihan untuk menikmati hidangan..
makan kat meja makan 
ataupun


duduk bersila macam nie, santai..
makan sampai kebas kaki.. hehe
untuk kami, harus lah pilih makan bersila 
kerana

senang nak uruskan anak yang lena tidur, 
boleh baring dengan tanpa rasa bersalah

senang juga nak letak baby dalam nie,
sambil makan, sambil tepuk anak, 
tak payah nak berangkut letak atas kerusi or meja

Kalau teringin nak cuba, bolehla datang ke alamat :
No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , , 43000  Kajang, Malaysia

facebook : RumahMakanCibiukMalaysia

1 comment:

author said...

Bismillah, jemput makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...