Saturday, March 16, 2013

Kimchi Asam Laksa

Assalamualaikum..

Dinner hari nie makan Meggi Asam Pedas dengan kimchi..
Memang sedappp..
Ada rasa masam-masam manis, pedas dan menepati citarasa tekak dan perut

sedap.. satu pinggan share dengan husband.. 

Mudah je nak sediakan kimchi nie.. Bahan pun mudah didapati ..

Bahan utama yang di gunakan :

kubis cina - potong bite size, basuh bersih dan perap dengan segenggam garam 
perap 2 jam

Bahan untuk sos (kisar semuanya) :
setengah labu bawang putih - kisar
setengah inci halia - kisar
separuh biji bawang bombay - kisar
segenggam udang kering ( dah disangai ) - kisar
2 sudu sos ikan
setengah cawan gula pasir
sebiji buah pear, potong dadu dan di kisar
satu cawan serbuk cili (ikut kepedasan)

bahan sampingan :
daun bawang /leak leaf - potong kasar
lobak putih - hiris memanjang
lobak merah - hiris memanjang
buah pear hiris memanjang

satukan bahan sampingan dan bahan kisar, gaul sebati
kubis cina yang di perap, di basuh 2-3 kali dan di toskan..
Campurkan kubis cina kedalam bahan campuran tadi..
Gaul sebati, dan simpan dalam bekas kedap udara untuk diperam..

cara-cara penyediaan kimchi.. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...