Tuesday, March 12, 2013

Hukum Karma

Assalamualaikum..

Mula-mula tengok lakaran komik nie, aku memang tak faham.. tapi bila perhatikan satu-satu, aku dah mula senyum.. Hukum karma, what u give u get back.. Hakikat yang harus di terima, cantik itu tak kekal lama.. Yup, aku nie sejak dah beranak dua, duduk rumah sepenuh masa memang tak sempat nak wangi-wangi.. Wangi pun kejap je lepas mandi, pastu bau susu balik. Nak handle semua benda, memang susah. Kekadang dek kerana sibuknya jaga orang sekeliling sampaikan masa untuk diri sendiri takde..

InsyaAllah, satu masa nanti akan tiba juga di mana aku boleh bergaya dengan sakan, comel-comel dan wangi-wangi.. Masa tu anak-anak pun dah besar, dah senang nak handle dan duit cik abang pun dah berkepuk-kepuk untuk kami anak beranak enjoy..hakhak.. dasarrrr... Perabih duit untuk anak isteri adalah dikira pahala sedekah.. sila setuju..

So, mana-mana perempuan kat luar sana yang suka sangat nak kenen dengan laki orang, nak jeling-jeling kat laki orang, sila la beringat ye.. begitu juga dengan encik-encik suami..

WANGI KORANG TAK LAMA, DAH BERANAK PINAK NANTI BACIN JUGAKK.. SEKIAN...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...