Friday, February 22, 2013

Spinal vs Epidural

Assalamualaikum..

Since aku bersalinkan kedua-dua anak secara operation dan kedua-duanya bius yang berbeza.. Anak pertama, epidural.. Anak kedua, spinal.. Sebelum doktor pakar bius tu bius aku masa bersalin yang kedua nie, aku dengar la doktor dok bagi penerangan kat doktor-doktor yang lain perbezaan spinal dan epidural nie. Tengah tahan berdebar, sempat lagi pasang telinga.. So, ini apa yang aku dengar, kalau salah tolong betulkan ye..

Gambar A : Spinal
Gambar B : Epidural

Spinal : 
  • Injection betul-betul kat dalam tulang belakang kita, kat bahagian lumbar (low back region) memang terasala sengal masa cucuk tu.. 
  • biasanya kesan bius tu memang cepat terasa sebab suntikan direct ke dalam tulang belakang.
  • jumlah dadah yang digunakan agak sedikit (3-5 kali lebih kurang jika nak dibandingkan dengan epidural..)
  • ikut pada pengalaman, kesan bius spinal nie cepat hilang kalau nak di bandingkan dengan epidural.. tak sampai 6 jam dah ok, pastu merasalahhh sakit.. Gagahla mencapai segala tiang katil yang ada semata nak bangkit dari katil. takde rasa mengantuk sangat. tak tidur pun lepas operate..
  • Kesan sampingan : setakat nie sakit tang pinggang tu normal lah, cuma sakit kali nie lebih pada mencucuk-cucuk betul-betul kat tempat bius. Even dah 46 hari. Kaki cepat kebas.. Consult dengan doktor O&G, dr cakap itu semua normal since spinal nie kekadang masa cucuk tu jarum bergesel dengan tulang. Apapun tetap kena monitor..
  • Nasihat doktor : Kalau boleh jangan urut kat tulang belakang, jangan bagi tukang urut 'canai-canai'kan badan kita sesuka hati sebab tulang belakang sangat fragile.. Takut nanti memburukkan keadaan..


Epidural : 
  • Injection tak direct ke tulang belakang kita, cucuk kat epidural space..Bahagian yang paling hampir dengan spinal fluid kita.
  • kesan bius lambat sikit nak rasa..tak secepat spinal. 
  • jumlah dadah yang digunakan lebih banyak dari spinal. 
  • ikut pengalaman masa bersalin anak pertama, kesan bius lambat hilang even lepas 6 jam pun ada terasa kebas-kebas kaki, lalok, tidur tak sedar ke diri macam telan ubat tidur..sakit? tak terasa sangat, eksen kengkonon diri tu gagah boleh berjalan, bangun dari katil takde masalah walhal semua tu kesan dadah.. haha (maybe kesan dadah yang tinggi kot) 
  • Kesan sampingan : sakit pinggang tu normal la kan, since during pregnancy kita bawa beban yang agak berat. Cuma lenguh-lenguh pinggang. dah baring tu memang susah la nak bangun.. 


Lokasi sebenar epidural or spinal injection..
Sebelum cucuk, doktor spray dulu, sejukkkkkk...

Kalau dah namanya bersalin operate, memang la kena pantang dari angkat benda berat, buat kerja berat dan sebagainya. Tak kisahla nak di label sebagai 'diva' kononnya mengarah orang buat itu ini, demi kesihatan kita. Bab sakit pinggang tu, ikut nasihat doktor, kalau rasa sakit, sapu minyak panas, tak pun tuam dengan hot bag.. Jangan nak menggatal minta tolong laki urut, minta tukang urut dok canai-canaikan badan. Merasalahh sakitnya nanti..

Kalau mampu bersalin normal, silalah bersalin normal.. Sakit masa nak bersalin je lepas tu semuanya ok. Kalau nak compare dengan bersalin c-zer nie, tak rasa sakit bersalin tapi lepas tu, macam nenek kebayan la korang berjalan menahan sakit lepas ubat bius habis..

p/s : pada yang pakar, sila betulkan kalau ada yang silap. apa yang di terangkan berdasarkan apa yang di dengar dan penerangan dari doktor bius sebelum operate. 

sumber gambar : google..


6 comments:

ummi_khalish said...

assalam..2-2 ni dil dah rasa...anak pertama epidural..anak kedua dil mintak spinal...huhuhu....

bunga_rose said...

weh aku tak tau laa aku kena epidural ke spinal... tapi cara ko cakap part mamai tu cam aku kena epidural... dari tp tu uba yg aku kena cucuk dari dalam dewan bersalin, bukan dalam dewan bedah.. yg pasti ersalin kol 5, pg esok baru aku ok, tak mamai hhhiih

...mommy jue... said...

ummi_khalish : wslm.. hehe.. pengalaman kan? sekurangnya kita dah tau dan dah rasa sakit macamana..

...mommy jue... said...

bunga_rose : aku rasa ko epidural kot.. yang pasti mamai tu ye, tempoh mamai tu bergantung pada individu..

mamasyafi said...

My csse first girl epidural..sbb on epi dr labour room..emergency ceaser poor progres
Boy- elective sbb poor presentation..kena spinal..third hihihi wallahualam

Kumando said...

Terima kasih atas sharing ni. I have see another review for Spinal Inc on Schroth Method and CLEAR’s treatments at:
http://kidbuxblog.com/spinal-inc-helps-correction-of-adolescent-idiopathic-scoliosis/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...