Thursday, February 7, 2013

Sebulan sudah...

Assalamualaikum.. Hari nie genap sebulan aku melahirkan Wan Anis Khairina. Kalau orang lain, dah menghitung hari nak MERDEKA dari pantang tapi aku sebaliknya. Bila la nak merasa saat-saat indah berpantang sepenuhnya. Tak cukup 30 hari aku dah start 'aktif' jaga anak dan buat kerja rumah. Memang tak sayang badan sungguh.. Hmmppff..


Wan Anis Khairina..

Setiap anak nie memang berbeza.. Sedikit tercabar bila jaga Anis Khairina nie. Tak sama macam Amal Khalisah. Anis jenis mudah kembung dan cepat menangis. Amal Khalisah memang jenis sabar. Tak susah nak jaga dia even masa dalam pantang sekalipun. Mungkin sekarang aku kena jaga 2 anak, itu yang rasa sukar kot. Walaupun beza usia, tapi rasa macam jaga anak kembar.

Kalau nak mandikan adik, mesti kena mandikan kakak dulu. Kalau tak memang tarik muncung, cemburu lettewww.. Apa yang adik pakai, minyak telon ke, baby oil, lotion segala bagai, mesti pakaikan untuk kakak juga. Sebelum nie jangan harap la dia nak pakai. Time menyusu, kalau Anis nangis nak susu, Amal pun nak susu juga. So kena bancuh susu siap-siap untuk Amal then barula boleh aku susukan Anis dengan tenang. Nak tidur pun sama macam tu, tangan pangku Anis, peha dok riba Amal. Kekadang tangan kanan dodoikan Amal, tangan kiri dok tepuk-tepuk Anis. Yang bestnya, kalau tidur memang serentak, bangun pun sama.. 

Letih? Sape tak letih, dengan badan yang tak sepenuhnya sihat, tidur yang tak cukup, memang kekadang bawa ke stress sampai bentan dan sedikit terganggu emosi. Jiwa jadi mudah sensitif dan cepat sangat terasa hati. Sobs.. 

Allah je yang tau macamana keadaan sekarang. Aku berserah je pada Allah moga Dia bagi kekuatan untuk aku menjaga 'amanah' dariNya. Moga aku sihat, moga aku kuat. Amin..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...