Saturday, February 2, 2013

Cabaran bermula

Assalamualaikum.. Haish, anak dah 2 nie memang takde masa nak update blog sangat. Jengah fb pun kekadang je. Lagi-lagi mr husband dah mula kerja nie. Bersilat la dok jaga anak sorang diri. 

Pantang? Belum cukup hari ke 44 lagi.. Jangan kata pantang 44 hari, pantang 2 minggu pun belum tentu badan aku nie. Susah nak kata bab-bab pantang sendiri nie kan. Memang takde disiplin. Lagi-lagi bila suami yang jagakan. Memang kantoi. 

Masa husband yang jaga tu, kerja-kerja berat takde la aku buat sangat. Bab masak pun dia yang masakkan, aku tukang kelebek anak, lipat kain baju, membebel apa yang patut. Kekadang rasa macam QC je, jap2 minta tolong husband. Jap2 panggil dia minta tu ini.. Nasib lah kan.. Nak buat camne.. Kalau kengkawan dia dengar agaknya, sah-sah kata aku nie control laki.. Takut bini bagai.

Ada anak kecik nie, tidur memang tak cukup. Baru nak lelap, baru letak kepala, baru dok tepuk-tepuk bantal, si kecik dah merengek nak susu. Kekadang tu terkebil sorang dia nak ajak main. Si kakak pun perlukan perhatian, adik tidur time tulah masa aku luangkan untuk layan, main dengan si kakak. Mencabar? sangat mencabar. Mood nie memang kena kawal sentiasa, orang tak cukup tidur nie memang cepat stress. 

Nak tengok muka hudus kita, time pantang nie lah.. dengan mata lebamnya, muka lesu tak bermaya. Even dah start punch kad jadi fulltime housewife nie, aku masih lagi luangkan masa untuk diri sendiri. Mandi rempah, mandi air suam tu haruslah kan. Duduk dalam bilik air time anak tengah tidur, lulur-lulur badan. Lepas mandi sapu minyak panas kat badan, bertuam dan paling tak tinggal pakai bengkung. Bukan sebab nak kempiskan perut je, dapat kurangkan rasa tekanan kat perut nie hah. 

Kurus? Sementara nie memang takmo fikir bab badan kurus ke, berat turun banyak ke hape sebab aku bf anak. Tunggu la anak dah 6 bulan baru boleh fikir diet kot. Kesian baby nanti tak cukup zat. Dah jadi mak-mak nie, kena pekakkan telinga je bila orang dok sibuk soal pasal berat badan. Kalau dah memang baka badan mengembang lepas beranak, memang tak boleh nak buat apalah.. redha je sementara waktu nie.. hukhuk..

Hadek-hadek dan akak-akak yang dalam pantang, bakal bersalin dan terasa nak mengandung tu, jangan la dok ikut tingkah laku aku yek. Aku nie dalam situasi 'darurat'. Nak tak nak memang terpaksa jugakla.. 

p/s : insyaAllah, setiap kesukaran mesti ada kesenangan.. aku yakin Allah akan permudahkan urusan aku di saat-saat ini. Moga aku diberi kekuatan demi anak-anak dan keluarga..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...