Tuesday, January 22, 2013

Petua kurangkan demam kuning

Assalamualaikum..

Hari nie hari ke 15 pantang.. 
Alhamdulillah, tempat operate dah makin ok, kurang rasa sakit
Cuma dugaan Allah, masa nie la batuk datang singgah kat badan
Memang takde la nak batuk ala-ala princess, tak boleh control dah
Bohongla kalau aku cakap kat tempat operate tu tak sakit tiap kali batuk

Dalam pantang nie aku dah keluar rumah
Eh, bukan enjoy sangat pun
Ada yang salah faham..
Hari ke 7 keluar rumah, bawa anak check kuning
Selang 2 hari kena repeat semula hingga lah saat nie

Mak-mak dalam pantang nie, kalau dapat keluar rumah memang seronok dah
Biarpun pegi klinik kesihatan yang sekangkang kera je
Memang melamar sakan umpama nak pegi midvalley je
tapi kalau kena berulang selalu, hmmppffttt penat jugakk..


Ingat seronok ke jalan-jalan time pantang nie?
Jalan pun terkepit-kepit lagi, badan pun bau rempah cuma takdela letak pilis kat dahi
tampal-tampal juga bedak dengan lipstick
At least tak nampak sangat macam mayat hidup..


Aku masa awal-awal pantang, memang banyak makan halia muda
Buat macam ulam, makan dengan nasi panas-panas
Ikut petua orang lama.. makan halia dengan lada hitam masa pantang
Kononnya nak buang angin dalam badan
Last-last anak pula kena kuning

Makin hari bacaan kuning makin naik
Risau, rasa bersalah, macam-macam ada
Breastfeed anak memang kerap tapi kuning tetap naik
sampailah satu tahap, aku stop makan halia

sumber : google

Mama bagi petua, makan anggur hitam elok untuk turunkan kuning anak
Bagi setitis dua air anggur hitam kat anak sebelum amik darah
Alhamdulillah, bacaan kuning makin turun
semua dengan izin Allah
Sekarang tinggal repeat amik darah sebab nak make sure kuning tu turun paras normal

Nak tahu kelebihan anggur hitam? boleh rujuk Khasiat Anggur Hitam

p/s : seronokss wokk dapat makan anggur time pantang nie.. memang sedapp tekak!


1 comment:

bunga_rose said...

aku tak makan lada itam,, halia semua tu weh, sebab risaukan anak n ada org cakap klu operate tak boleh makan herba2 panas ni.. takut jahitan bengkak laa itu la ini la.. tapi anak aku kena kuning sbb aku minum pati ikan haruan poleney, dalam tu pun dah bermacam ginseng ada.. minum ari ni, esok terus naik kuning anak aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...