Thursday, January 3, 2013

Don't be sad

Assalamualaikum

Kekadang kita nie terbuai dek perasaan sangat sampai kan benda silam pun nak dok sentap-sentap, nak dok ungkit-ungkit kan? Tanpa usul periksa, tanpa belajar untuk mengenali hati budi seseorang, senang je kita nak hakimi dia kan? Aku tak dela rujuk pada sesiapa tapi ini hakikat yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang, macam tu lah lumrah..

Kalau fikir kan perasaan orang lain, apa orang buat kat kita, memang la sakit hati.. Tapi dalam masa yang sama, kena belajar untuk jadi pekak seketika. Biarlah apa orang nak kata, apa orang nak judge kita, asalkan yang tahu hakikat dan keadaan sebenar adalah kita, Allah dan orang yang betul-betul kenal kita. Bohongla kalau perasaan marah, tersinggung tu tak wujud tapi aku cuba buang jauh-jauh. Takpelah, orang tak kenal kita.. maafkan jelah.. InsyaAllah satu masa nanti mereka-mereka akan tahu akan kebenarannya.. Sampai satu tahap, aku rasa jalan terbaik mengadu pada suami dan yang paling-paling penting, mengadu pada Allah. Sah-sah DIA Maha Mendengar segala rintihan hati. Nak menangis kot mana pun, nak mengadu panjang mana pun, tade hal. DIA memahami isi hati.. Lega....


p/s : semoga kita akan jadi insan yang kuat semangat, kuat iman.. insyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...