Tuesday, December 18, 2012

Tanda-tanda nak bersalin

Assalamualaikum.. Kandungan dah masuk minggu ke 37 dah.. Kalau ikutkan pengalaman anak yang pertama, 38 minggu baby dah jengah dunia. Jantung? Haruslah dupdap.. Malam tidur pun tak lena, serba serbi tak kena. 

Kali nie insyaAllah bersalin kat Hospital Ampang lagi, senang sebab ada rekod kat sana.. Plus dekat dengan rumah mertua, bolehla pos anak dara sorang nie kejap sementara mommy nak push baby.. Kikikiki.. Cuma harapnya kontraksi berlaku time jalan tak jem, bukan time peak hours.. Jauh beb Kajang ke Ampang. Bersalin dalam kereta mak nanti.. No,no,no..


Sumber : google

Disebabkan anak pertama dulu aku tak sempat nak rasa sakit bersalin, tak sempat nak rasa bersalin normal, kali nie aku sedikit prihatinla kot-kot ada tanda-tanda nak bersalin. Setiap kali rasa tak sedap perut je, mesti check tanda-tanda nak bersalin.. Antaranya ialah.. :

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

So far, bab sakit belakang tu normal lah. Sakit pinggang, jalan pun jauh kena tinggal kebelakang, terkengkang-kengkang bawa perut. Mengah tu sudah menjadi kebiasaan. Baby mengeras, kaki kejang. Rasa sakit tu ada setiap kali baby mengeras dan menggeliat aktif. Hehehehe.. Harapnya kali nie dapat merasa bersalin normal, takde masalah lain pada baby, harapnya baby sihat tak payah duduk hospital lama-lama. 



p/s : doakan semuanya selamat ye.. berdebar sangat nie...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...