Wednesday, December 19, 2012

Sweet Chat at The Mines

Assalamualaikum.. Semalam ajak husband jalan-jalan pegi The Mines, semata-mata nak makan durian crepe. Aritu dah try kat Midvalley, cuma nasib tak baik durian crepe dah bertukar jadi tempoyak crepe. Kali nie nak merasa la jugak kan. Orang dok gembar gembur sedap, nak juga rasa. 

Sweet Chat The Mines

Thanks husband melayan karenah ibu pregnant... love u lots

Dek kerana sayangkan isteri, maka encik suami turutkan jugakla kemahuan mak buyong sorang nie. Hehe.. Bukan selalu kan. Alhamdulillah, memang rezeki aku semalam, dapat juga merasa durian crepe nie. Dari gambar, nampak gebu cantik sedap je. Pada aku, bolehla.. Takdela sedap mana sangat, cepat muak. Aku share dengan Amal Khalisah. Mr husband tak makan pun, jemu dah makan durian katanya. 


Durian Crepe/pancake.. Mengidam benda alah nie kononnya..

Rasanya last kot makan DC nie, lebih prefer pada durian sebenar. 5 biji boleh masuk mulut lagi. Untuk 3 ketul DC nie, RM8.90. Gulp.. Maheyyy.. Buat sendiri lagi untung kot.. kan?

Soy bean jelly with manggo for husband

Yang nie pilihan mr husband, tau fu fa dengan manggo. Okla rasanya. Husband makan dengan tenang means sedap la kot. Amal Khalisah tak suka sangat, dia lebih gemar ke durian crepe. Hehe. memang betul anak mommy. Tekak kampung sket.. 

ABC menu wajib untuk mommy... 

ABC, nampak meriah tapi takde la sedap mana pun. Lebih pada rasa gula merah je. Sedap lagi kot ABC biasa tepi jalan tu. Sedikit muak bila makan. 

Pada yang teringin dan berdating kat Sweet Chat nie, kedai betul-betul kat GF. Bersebelahan dengan Subway. Senang nak cari. Cuma jangan expect la menunya murah-murah macam kedai mamak. Nak romantik, makan sharing-sharing dengan buah hati. Kengkonon romantik walhal nak jimat duit, Ok tak? hehe..

p/s : thanks hubby layan karenah mommy buyong....

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

x pernah lagi try makan di Sweet Chat ni, buat sendiri je DC sbb nak sgt rasa kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...