Tuesday, December 25, 2012

False Alarm rupanya...

Assalamualaikum.. Aku dah nak masuk 38 minggu. Tunggu masa je nie. Kalau ikut pengalaman yang lepas, 38 minggu dah beranak dah. Yang nie wallahualam.. Tanda-tanda nak bersalin tu dah ada.. Keluar lendir campur darah. Even tak banyak, cuak jugakla.. Aku memang takde pengalaman bleeding cenggitu. Cuak beb. 

Dalam keadaan tenang, ajak husband pegi Hospital Ampang, dari Kajang. Sampai hospital, doktor check, bukaan baru 1cm.. Doktor nasihatkan suruh balik dulu sebab lambat lagi nak tunggu ke 10cm. Aku lagi suka balik, at least takde la asyik kena seluk je. Silap-silap kalau 2 hari berkampung kat hospital, tak bukak-bukak juga, memang potensi untuk di induce tu tinggi. Makk tak sanggup!!

Baru 1cm??? Ayarkk.. Bayangkan dari 21.12.2012 sampaila saat 25.12.2012 nie masih takde perubahan. Lepas balik dari hospital, takde bleeding dah. Baby pun macam biasa je. Allah je yang tau macamana perasaan aku dengan husband sekarang nie. Berdebar je. Tidur malam pun tak lena. Gundah gulana. Bila la anak nie nak keluar.

Doktor suh aktif, jangan banyak baring supaya cepat bukaan tu nanti. Tiap hari la husband dok bawa g mall.. Midvalley, One Utama.. Dok tawaf kat situ. Nak tawaf taman, kang hujan, susah mak yong nak lari kan.. 

Buat anak dalam rahim mommy,

Bertahanlan anakku, kalau boleh tunggula sampai tahun 2013.. Tak lama je lagi. Senang kira nakkk kalau lahir bulan 1.. Sama dengan mommy, sama dengan kakak Amal Khalisah.. Senang mommy nak daftar sekolah.. Kawan sebaya mu dah pandai menapak, kau baru nak keluar.. Alahai sayang.. Sabar yek... 

Aku sokmo dok cakap macam tu kat anak aku nie, agaknya dia faham kot.. kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...