Tuesday, November 20, 2012

Musang King idaman hati

Assalamualaikum.. Seronok sungguh balik Malaysia.. Baru 4 bulan tinggalkan tanah air, bagaikan 4 tahun lamanya.. Husband masih lagi tanam anggur, mencari kerja lain. Aku yakin perancangan Allah adalah sebaik perancangan.. Insya Allah, ada rezeki dariNya nanti cuma masa tak tau bila. Sementara nie rehat jelah kat rumah, tolong kemas apa yang patut. Al-maklumlah, rumah lama tinggal memang banyak mahkluk halusnya...

Baru nie balik Kuantan, kebas kaki duduk dalam kereta lama-lama.. Banyak urusan yang perlu di selesaikan, atok nenek kat sana pun dah rindu sangat kat cucunya.. 4 hari balik rasa macam tak cukup masa je. hukhuk. 

Aku nie memang hantu durian. Memang pantang bau durian, tekak nie sepanjang masa mengidam, tak kira la mengandung ke tak. So, balik Kuantan baru nie tercapailah hasrat nak merasa durian. Orang sibuk dengan durian crepe, aku sibuk nak melantak musang king.. Muahaha.. Orang kata, orang preggy tak boleh makan durian, panas.. Mak buyong belasah saja..

Musang King... Sekilo RM12.00.. betul ke rege macam tu? ke kitorang kene tipu?

Yummy..budak tu eksen lebih, posing kemain walhal tak makan durian.. 

Kalau ikut nafsu nie, memang tak pernah puas makan durian.. Berbiji-biji boleh aku telan tapi mengenangkan kesiankan anak dalam perut, maka terpaksalah kawal nafsu. Di tambah pulak cuaca kat Kuantan panas sebelah malamnya, memang bercintalah nak tidur.. Macam cacing kepanasan. 

Dapat jugakla merasa buah-buahan tempatan, mata kucing dengan rambutan.. Yang seronoknya Amal Khalisah pun makan sama.. Dia la yang paling excited bila nampak buah durian... 

Oh ya, kalau kat Kuantan nie, kitorang selalu beli durian kat depan Palm Court Apartment. Jalan Lim Hoe Lek.. Ala, dekat dengan Petronas Transit tu.. Tepi jalan je pun.. Memang senanglah nak cari.. Nak makan kat situ boleh, nak bawa balik pun boleh.. 

Rasa nak repeat lagi makan durian nie tapi takut makan lebih lebih-lebih tak pasal kena kencing manis, satu kesah pulak nak minum air gula.. Euwww...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...