Thursday, November 8, 2012

MAS memang terbaik...

Assalamualaikum.. Perjalanan Jauh tak kurasa, kerna hati ku melonjak sama.. lalalalala... Bohong sangat la kalau aku cakap perjalanan jauh nie tak terasa.. Penat weh.. Flight dari PNG-BNE je dah makan masa 3 jam.. Sah-sah kena check in awal masa kat airport.. Duduk tunggu sekian lama.. Nasib flight tak delay. 
Amal Khalisah yang super duper excited baru turun dari flight.. 
Mommy daddy dah letih, tapi si anak masih lagi bertenaga..

Air Niguini.. ntah bila dapat merasa naik flight nie lagi agaknya.. Bye-bye

Satu babak dah habis.. Kami sampai Brisbane dalam pukul 6pm, flight nak balik ke Malaysia dalam jam 11.30pm.. Berapa lama nak transit? Sendiri kira.. hukhuk.. Hajat dalam hati, masa dalam flight tadi nak tidur, tapi si kecik nie ajak main, melayan dia dengan keadaan tersengguk-sengguk. Ingatkan dah sampai Brisbane Airport, nak jugakla lelap sekejap, betulkan urat saraf sikit kan.. Mimpilahhh...

Duduk berlegar-legar dalam departure hall, jalan-jalan jenguk kedai, keluar masuk baby room, makan. Tu jelah yang boleh buat pun. Penat memang penat. Kaki aku nie macam tak rasa pijak tanah dah.. Husband dengan anak sempat la mandi kat airport, aku sekadar tukar baju dan bersihkan apa yang patut jelah.. Tak selesa mandi kat tempat orang..

dapat economy class pun dah syukur alhamdulillah... merasa juga naik MAS..

Aku memang dah penat yang teramat, kaki dah sakit sebab tak dapat melunjur..Badan lenguh-lenguh, plus baby asyik mengeras je. Nasib baik juga flight tak delay, kalau tak memang menangis lah kat situ kan.. Amal Khalisah awal-awal dah lena, penat sangat la tu. 

terpisah dengan husband..
See, dah macam sesumpah dah aku nie.. baju dengan seat tak ada beza.
apapun terbaik lah MAS..

Allah je yang tau betapa bersyukurnya balik kali nie dapat naik MAS.. Selesa, makan pun takde la was-was.. Cuma disebabkan badan penat, buat aku jadi resah. Amal Khalisah pun sama juga. Merengek je dalam flight. Flight 8 jam memang terasa lama sangat. Baru sejam take off, aku dah macam kucing nak beranak. Serba tak kena. Kaki kejang, pinggang sakit. Sampai satu tahap, panggil husband minta urutkan kaki.. Nak menangis lebih-lebih, malu. Allah je yang tau macamana keadaan.

Baby? Sangat aktif. Tak duduk diam. Disebabkan sakit sangat-sangat, husband terpaksa minta panadol. Dapat telan panadol, tukar seat dengan husband, dapat melunjur kaki, baru la dapat lelapkan mata sekejap. Penat bukan kepalang! Dalam hati tak putus berdoa mudah-mudahan tak ada perkara tak diingini berlaku.

Alhamdulillah, touch down kat KLIA tepat jam 6am waktu Malaysia.. Dalam 9lebih jugala sampai rumah.. Penat bukan kepalang. Apapun semua nie pengalaman. Syukur Alhamdulillah Allah bagi rasa semua nie, rezeki anak-anak. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...