Thursday, November 8, 2012

Klinik Kesihatan Sg Chua, Kajang

Assalamualaikum.. Semalam, kandungan dah masuk 31 minggu, baru terkedek nak buat buku pink kat Klinik Kesihatan. Sampai je, bgtau nurse, diorang macam terkejut juga. Tapi takde hal lah.. Siap tulis buku, tunggu giliran di panggil. Klinik kesihatan sekarang tak macam dulu-dulu. Lega sangat sebab suasana dan sistem giliran yang betul-betul menyenangkan..

Sumber : google
Nie bukan klinik kesihatan sg chua tapi lebih kurang jela bangunannya.. serba serbi selesa..

Even ramai orang macamana pun, dengan kemudahan dan perkhidmatan yang cekap, aku puji lah sistem klinik kesihatan sekarang. Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada di negara kita. Sambil tunggu giliran, anak aku serah pada husband. Kat luar klinik ada playground. Sementara aku selesaikan urusan pendaftaran, check up segala bagai, anak dapat la lepas rindu main kat playground..

Macam biasa, sebabkan dah dekat nak due baru buka buku, banyakla soalan yang diorang tanya. Amik darah, check HIV, sesi soal jawab, urine, berat, tekanan darah seme diorang check. Dekat 2 jam jugakla menunggu sampailah giliran jumpa doktor. Menunggu lama bukan sebab perkhidmatan tak ok, tapi banyak yang diorang nak check up. Almaklumlah, dah last minutes baru datang.

Untuk kes aku nie, memang kene rujuk juga ke Hospital Ampang since ada history c-section masa anak yg pertama, ada history molar pregnancy dan skrang pregnant utk tahun berturut. Then, pasal kes low lying pregnancy. Nampak gayanya berulang dua tempatlah untuk check up. Nasib baik la husband dah balik for good n belum mula kerja lagi.. Terima kasih abang..

HGB - rendah... 9.6 je wokkk
Usia kandungan  - 31 weeks.. 9 weeks to goes
Posisi baby - dah engaged, kepala kat bawah
mommy - berat kemain lagi... kena kurus lepas pantang.. pfftttt
Next Appoinment - lagi 2 minggu

Kalau sesiapa yang duduk area kajang esp sg chua, bolehla datang klinik nie. Murah je wokk. Perkhidmatan dah tak sama macam dolu-dolu. Tempat pun selesa, parking pun mudah.. 

Klinik Kesihatan Sg Chua
Kaw. Perindustrian Sg Chua, Sg Ramal Luar
43000 Sungai Chua, Kajang, Selangor

Tel : 03-87336775
Faks : 03-87336772





1 comment:

JaeWong said...

agreed...nurse pun baik, lemah lembut, boleh bawa berbincang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...