Monday, October 22, 2012

Serbuk Kari Babas

Assalamualaikum.. Rasanya lama dah tak share pasal masak-memasak nie. Even aku nie bukanla blogger yang expert pasal masak, tapi sekadar nak share pengalaman sikit-sikit tu bolehlah.. Nak lebih, tak dapat dek.. 

Aku rasa since stok rempah kari adabi dah habis, memang susahlah nak dapat kat bumi Port Moresby nie. Memang ada barangan Malaysia, tapi apa yang kita lazim pakai, mimpilah nak jumpa. Duduk sini, aku dah berpaling tadah pada rempah kari jenama Babas nie. Risau jugak rasa lain ke, tak kena dek tekak, macam-macam lah fikir.

Tapi dek kerana nak masak pejeri nenas, yang memang sah-sah guna rempah kari, aku tawakal je lah campur rempah kari babas. Yela, daku dibesarkan dengan rempah kari adabi, kat rumah pun cenggitu juga. But, terus terang, since guna rempah kari Babas nie, dah jatuh cinta plak dah. Camne tu? Kalau masak kari ke apa, confirm lepas lunch, tak henti hidu tangan even dah sabun banyak kali. Kuat sungguh penangan bau kari nie.

Sumber : google

Dari segi rasa dan warna, memang kick lah! Kalau tak, aku takdela jatuh cinta. Untuk perut yang macam aku nie, memang tak bolehla nak melantak banyak-banyak, kang tak pasal berulang ke tandas. Okey, lepas nie boleh berpaling tadah.. No more adabi.. kita guna Babas je.. ngehngeh..

p/s : taip entry sambil cium tangan, melekat lagi bau pajeri nenas... laporrrrr..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...