Monday, October 22, 2012

Punca Placenta Praevia dan tahapnya

Assalamualaikum.. Hari nie memang takde kerja lain mak buyong sorang nie. Baring tido je keje aku. Siang tadi masak sikitla untuk lunch, itupun nasi goreng je. Lain-lain kerja basuh pinggan, basuh kain baju, melipat, urus anak semua husband yang buat. Kesian juga tengok dia seharian tak rehat. Kalau la orang tak tau pucuk pangkal nie, sah-sah kata laki aku kena nasi kangkang la, takut bini la, queen control bagai. Mulut orang, siapa tau kan? Hakikat sebenar, hanya kita je yang tau. Sejuk ati bila tengok husband ringan tulang macam nie. Walaupun ringan tulang tu bermusim.. kikiki.. Terima kasih kandaaa...

Ok, bab puji suami dah habis. Tak boleh cerita lebih-lebih, kang ada yang mengata "macam dia sorang jeww ada laki.." haha.. jeles lettewwww.. Dek kerana rasa bengong dan blur sebab rehat lama sangat, sambil-sambil tangan pegang tablet, aku google lagi pasal Placenta Praevia nie. Yela, aku nie ilmu nya cetek, nak tau banyak benda kena banyak cari sumber. Hasilnya ini dia.. Macam biasa, copy paste dari blog orang.. 

Sumber copy paste : http://drhassanbasri.blogspot.com/2009/08/uri-di-bawah.html


Anda seorang wanita yang hamil 7 bulan, kemudian ketika ultrasound scan dijalankan, doktor memberitahu anda bahawa kedudukan uri anda berada dibawah. Apakah anda terkejut dan mengerti makna uri dibawah? Atau anda membiarkan sahaja maklumat itu menjadi sebahagian daripada misteriiiii? Atau anda membiarkan sahaja ia menjadi penyebab kematian bagi ibu mengandung?? Pada pendapat saya, amat wajar wanita yang mengandung mengetahui serba sedikit mengenai masalah ini.


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya )
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya ). aku masih tahap yang nie, harap-harap nanti scan, semuanya back to normal. Kuasa Allah swt kan..


Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section ) -salah satu sebab kot, since anak 1st memang c-section
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.


Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.
Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.

p/s : ini bukan hasil penulisan aku ye, macam aku bgtau awal2 tadi, aku copy paste je.. sekadar perkongsian utk para ibu dan suami di luar sana supaya jangan amik remeh soal kehamilan. Ada masa boleh singgah blog http://drhassanbasri.blogspot.com, banyak info menarik untuk pengetahuan kita.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...