Saturday, October 20, 2012

Bahaya uri bawah rahim

Assalamualaikum.. Seminggu nie memang banyak sungguh perkara yang menguji. Tapi takpe, aku take it in a positive way. Takde hal punye. Semenjak dua nie, selera makan merundum, baby tak berapa aktif, susah hati jugak lah.. Then, 2 3 hari lepas, sakit sangat macam nak bersalin.. Err, actually aku takde pengalaman sakit bersalin macamana. Some sort like period pain macam tu lah..

Since dah kerap sakit-sakit, husband bawa pegi klinik kat sini. Bagitau masalah then terus scan. Hah, bila jadi macam nie baru nak scan. Sebelum nie bila kami request haram nak layan. Grrr.. Macam aku cakap tadi, ada la sebabnya.. So far baby alhamdulillah ok, tengah tidur masa tu.. Molek baring songsang.. Jantina? Tak dapat nak tengok, doktor kacau-kacau kaki, dia kick balik.. hehehe.. takpelah, lelaki ke perempuan kami tak kisah asalkan sihat..

Lega satu perkara. But, ada perkara yang buat aku terkejut sikit bila doktor cakap, placenta aku kat bawah. Low-lying placenta. Nahh, celah mana low pun aku tak tau.. how low is low pun aku tak tau.. dengan scan yang hidup segan mati tak mau tu, memang susah la nak jangka how low is it...  Sekarang nie doktor nasihat supaya banyakkan bedrest, tak boleh angkat benda berat, kurang jalan, macam-macam lah.. Wah, terasa bagaikan di syooorrrgaaaa... Room Service please!!!

Balik dari klinik, dengan hati gundah gulana, terus google pasal nie.. Yela, aku nie jenis dungu jugak bab-bab perubatan nie but tau la sikit-sikit since melayan home&health channel kat sini. Everything about pregnancy. Balik Malaysia memang tak dapat lah nak tengok..

Setakat yang aku jumpa, and aku rasa nak share dengan korang.. 


Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

Risiko
Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.

Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.

Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Selamat
Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


Sumber : Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz29oDocv00
© Utusan Melayu (M) Bhd 


p/s : lagi beberapa minggu nak balik Malaysia, harap semuanya selamat lah nanti.. since kandungan pun baru masuk 29minggu, harap-harap placenta tu akan back to normal.. doa je lah kan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...