Friday, September 7, 2012

Seaworld Gold Coast, Australia....

Assalamualaikum.. Burp, alhamdulillah. Kenyang perut, baru lepas lunch. Bertambah-tambah makan setelah beberapa hari tak jumpa nasi. Kot mana pun tekak melayu takkan boleh jadi tekak omputih.. Sepanjang di GC, menu kami sandwich tuna, meggi, fish & chip. Yang buat alas perut buah dan air masak. Nak teguk air masak banyak-banyak susah juga, maklumlah tandas kat sana takde air. Pakat main kesat je.

Hari kedua sampai, lepas shopping barang dapur sikit, kami ke Seaworld. Hajat nak bertolak pagi tapi dek kerana sibuk cari barang dapur, tengahari baru dapat pegi.. Oh, tiket beli kat agent, memang bersepah la orang jual kat sana. Senang nak cari, cuma kena pandai pilih. Ada yang pakej murah, ada yang lebih sikit harganya. Nak beli online pun takde masalah.

Kami beli tiket VIP pass untuk masuk seaworld dan movieworld je. Nak pegi tempat lain memang suntuk sangat masanya. Kalau tak silap, vip pass nie $110/pax.. berapa RM? korang kali la dengan RM3.7.

Dari apartment, menapak dalam 10minit, tunggu bas nak ke Seaworld. Bas memang senang nak dapat dan punctual. 

baru habis winter, nak masuk spring.. cuaca memang sejuk
untuk aku yang tengah tak sihat, memang kena hangat manjang..
pakai baju berlapis pun masih sejuk
jangan tertipu dek omputih yang pakai seluar pendek dan juga singlet..
mereka dah kebal.

pintu masuk Seaworld, dari bas stop ke entrance nie kena menapak dalam 10minit jugakla..
Kaki harus kuat ye..hehehe
Actually, dua hari berturut datang Seaworld. Memang tak puas jalan.

datang time weekend, sememangnya ramai orang..

banyak kedai cenderahati kat sini.. anak-anak memang excited lah

belakang aku, ada dinosour.. replika punye..

kalau nasib baik, dapat la bergambar dengan makhluk nie.
Amal dari jauh dah menjerit spongebob, sampai dekat malu-malu plak..

jalan beberapa tapak, dapat tengok dolphin main-main, berenang sesuka hati.

kat sini ada jadual show.. antaranya sealion pets detective nie.. memang menghiburkan

see, budak-budak pasti suka.. dan mak bapak budak superduper suka..




Kalau dah namanya Seaworld, harus la ada hidupan laut nie kan?


oh, terbayang pari bakar depan mata... 

dolphin show pun ada..

spongebob 3D show pun ada juga..

Nie je show yang sempat kami tengok, yang lain tak sangat.. Malas nak terkejar-kejar. Penat tau. Lagi-lagi bawa mak buyong nie, segalanya lambat.. Nak jalan laju-laju, sendiri seksa..

Ops, jangan risau. Bukan itu saje, mainan untuk anak-anak pun ada.. Tempat nie memang sesuai untuk family. Kalau rasa nak main air, pun ada juga waterpark kat sini. Tapi tak sebesar mana lah..

Nie pun mainan yang ada.. chuchu train kata amal.. seronok kemain dia dapat naik. Biasanya kalau budak tu bawah 3 tahun, memang harus berteman, tapi kalau dah besar sikit, naik sendiri pun takde hal. Dalam kes nie, haruslah daddy yang jadi mangsa..hehe

Rasa nak mencabar diri, boleh naik jet rescue nie. Haruslah mr husband naik kan.. Giliran dia untuk hiburkan hati.. kalau jenis yang ada darah gemuruh, gayat, mengandung macam aku nie, sila duduk tepi dan tengok saje..

sape-sape yang suka merempit, boleh cuba naik..

Roller coaster pun ada tapi tak sempat naik..

Amal Khalisah yang kesejukan, bila dah beransur petang, lagi bertambah sejuk..

Nak datang sini, sila isi perut awal-awal, bawa bekal sendiri dari hotel, spare buah pun takpe untuk alas perut, air di nasihatkan bawa banyak. Baby wipes, bekalan pampers yang lebih dari biasa untuk anak-anak kecik. Kalau time cuaca sejuk, memang cepat sangat lah kebocorannya..

Kat sini ada pilihan sama ada nak jalan kaki ataupun naik monorail or cabel car. Hari pertama, memang kitorang jalan kaki jelah.. Hari kedua datang, terus naik monorail sebab nak kejar masa nak tengok dolphin show. Jauh penghujung seaworld. Owh, kat sini pun ada seaworld resort. Kalau rasa nak menginap kat sini, boleh je.. Cuma, sila sediakan duit berkepuk-kepuk.. hehe..

bincang punya bincang, husband call office di Papua New Guinea minta tukar flight ticket. Tambah lagi sehari duduk sini.. Tak puas berjalan katanya.. 2 hari di Seaworld, baru puas hati. Mommy? Haruslah suka kan.. dapat berjalan...

p/s : nantikan cerita aktiviti belah malam kami dan juga cerita Movie world.. 

3 comments:

beruangpolar said...

Bestnya pergi jalan-jalan..
bila la myturn pulak,

Mama Likha said...

bestnyerr... nk pg lah nti..siap ada gift shop nickelodean tk tahan tu jue :)))

...mommy jue... said...

mama likha : masa nie baru habis winter, sedang elok la.. baru masuk spring.. haa, kalau bawa likha datang sini, sure dia suka.. excited.. ju tak sempat pegi dreamworld.. situ pun best juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...