Monday, September 10, 2012

Movie World, Gold Coast Australia..

Assalamualaikum.. Ok, last episode cerita pasal Gold Coast nie..  Sehari sebelum balik, kami jalan-jalan ke Movie World. Dari apartment, naik bas. Ambil masa 40 minit-sejam jugakla. Since cuaca dah tak sejuk sangat, pakai pun santai-santai je.

turun dari bas, nampak jalur gemilang.. bangga seyhhh... saya anak Malaysia!!

sebelum masuk, sila beli tiket ye.. macam kami dah ada VIP pass, so tak payah beratur panjang. jimat masa kat situ dah..

pintu masuk Movie World.. kat sini dah dengar orang dok jerit-jerit dah..

belum masuk lagi dah banyak keping gambar amik. kenang-kenangan tu

batman's car tu...teruja..

batwing spaceshot..ada cerita disebalik ini.. nanti ye..


 nak bergambar? kena bayar $20.. bukan RM tau..

ligat bila dapat turun dari stroller..

menguji kesabaran nak amik gambar dengan budak nie tau... gegetttt kang..

syurga kanak-kanak.. bawa anak yang dah pandai main, seronoklah..

dah ukur tinggi, baru boleh naik berteman.. 

amal yang takut-takut.. yup, dia gayat kalau naik benda macam nie..

see, dah kena dukung dengan daddy.. nasib baikla game dalam nie semua free..

rasa nak bagi anak main kat sini, sila bawa baju spare.. nasib amal dalam stroller, kalau lepas nie sah-sah menuju ke air..

 dari jauh amal khalisah dah excited, mommy..choo choo train...

 beratur tunggu giliran..

alahai, nasib badan dapat naik train yang comel  nie.. sempittt..

haruslah anak excited.. dan daddy jadi mangsa.. mommy? ddk tepi amik gambar je lah..

Actually banyak lagi game yang ada dalam nie cuma tak sesuai dengan umur Amal Khalisah je
kebanyakan untuk 4 tahun ke atas, yang dah boleh urus diri sendiri.. 
Takpela nakk, lain kali kita datang lagi ye.. InsyaAllah..

cuaca memang panas, kesiankan Amal Khalisah.. terpaksa la melabur beli topi untuk dia..
Mommy dan Amal tunggu tepi, daddy naik batwings spaceshot n roller coaster..

tak perasan daddy kat atas, sedar-sedar ada yang melambai..
dalam hati.. "Ya Allah, laki aku atas tu...." sumpah, tergamam..

yeay!!!! dapat naik... seronok ye daddy...

pening kah?

lagi satu roller coaster.. 

siapa berani, naiklahh.. aku yang tengok dari bawah nie pun dah kecut perut..

1 Malaysia katanya.. muahahaha.. bangga la tokjib kalau tengok nie.. joker oh joker..

dapat jumpa tweety bird. Amal Khalisah tidur masa nie..
bila tengok gambar nie, terus dia cakap fi fi bird mommy..

sweet kah? hehehe.. cuaca yang sangat sesuai untuk pekena aiskrim..

bunga yang sangat cantik.. baru nak masuk spring.. 
kalau tak mesti lagi banyak bunga boleh tengok..

pukul 3.30pm, masing-masing dah duduk tepi nak tengok parade..
Amal dari jauh nampak..mommy, shame-shame..









So far, best la.. seronok untuk family.. preggy mommy nie banyak teman anak dan suami je. Diorang gembira, kita pun sama gembira.. Actually, banyak lagi tempat yang tak sempat kami lawati sepanjang kat Gold Coast nie. Masa memang suntuk. xpelah, ada rezeki datang lagi kan? hehe.. 

Pada aku, walau cantik mana tempat orang, cantik lagi negara kita. Malaysia sendiri pun aku tak habis pusing lagi. InsyaAllah lepas nie vacation banyak dalam Malaysia je. Jimat pun jimat. Tak payah fikir nak convert duit. Makan pun tak sekat-sekat. heaven gitu..

Pada yang nak datang ke Gold Coast, datang time spring, around September. Cuaca sesedap rasa je, permandangan pun cantik. Bawa budak-budak kalau time musim sejuk, memang sangat kesian..

Thanks for reading...!!

1 comment:

bunga_rose said...

bestnyeeeee... aku pulak yang teruja tengok gambar-gambar korang kat sana.. bila tah nak jejak.. padahal malaysia pun tak abis pusing dah berangan nak gi negara orang haahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...