Saturday, September 8, 2012

Malam di Surfers Paradise, Gold Coast

Assalamualaikum.. Kat Australia nie, pukul 5.30pm dah masuk waktu Maghrib. Dah senja, memang gelap awal lah. Lebih kurang je macam kat Papua New Guinea nie hah. Cuma yang membezakan, kat GC, aku boleh lagi gediks nak berjalan malam anak beranak. Kat sini memang jangan haraplah. Tak keluar rumah, melainkan nak pegi beli barang dapur.

Lepas balik dari Seaworld yang 2nd time, perut memang dah lapar dan anak pun dah gosok-gosok perut tanda hungry. Kesian pulak. Cari la kedai yang ada jual fish & chip. Itu je yang boleh dan mampu kami telan di sini. Perut dah kenyang, baru la senang hati nak tengok keadaan sekeliling kan?

pepagi lagi dah nampak HRC nie.. aim dari awal..

 1st time mokcik masuk kedai nie..huhuhu

 amal yang tak lekang dengan botol susu

 reward for himself, insan yang banyak berkorban membanting tulang untuk keluarga..
 TQ hubby...

mampu tengok je lah, nak pakai sah-sah tak muat.. hehe

 kenang-kenangan di HRC, Surfers Paradise


ex uni-mate husband and his wifey, mommy-to-be..
banyak-banyak tempat, boleh jumpa kat sini.

nampak dari jauh, ajak husband naik. kononnya nak tengok skyline surfers paradise lah..

cool je dua beranak nie...

aku? beku kat situ. takde nak tengok luar dah.. sumpah, gayat..
amal khalisah siap boleh nyanyi-nyanyi, lompat-lompat
baby dalam perut pun aktif kemain.. 
dalam hati mengucap panjang.. huhu, takmo naik dah...

dengan cuaca yang sejuksss, budak nie boleh minta nak makan aiskrim.. nakkk oiiii

see, tenang je dia makan aiskrim.. aku? tumpang sekaki..

husband mengimbau kenangan makan aiskrim nie masa di Mekah 5 tahun dulu dengan officemate.. nasib dengan officemate, kalau dengan ex-gf, memang tak ku singgah kedai nie... hehehehe..

dah puas makan aiskrim, jalan-jalan tepi pantai sambil tengok bulan yang sangat cantik..
menikmati keindahan malam dengan husband dan anak-anak. pengalaman yang tak boleh beli kat mana-mana. Amal khalisah bila dah besar sikit nie susah sikit nak amik gambar dia.. asyik nak bergerak je.. grrr..

Dah penat bersantai, menapak slow-slow balik apartment.. Kaki dah sakit, dengan malam yang dingin. Sah-sah ibu mengandung perlukan rehat secukupnya.. Balik rumah, rendam kaki dengan air panas, sapu flanil dan tampal koyok. Baru la lega... Malam tu, semua tidur lena.. Seronok dapat extend cuti.. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...