Friday, September 7, 2012

Cuti-cuti Gold Coast, Australia | Part 2

Assalamualaikum.. 2nd day, agak liat nak bangun sebab cuaca sejuk dan syiok tidur. Penat pun tak hilang lagi. Tapi demi jalan-jalan punya pasal, gagahkan juga celik mata. Misi pertama, cari jaket dan barang makanan, since dapur ada kat rumah nie..


lebih kurang 1km dari The Shore apartment, jalan kaki je.. beli roti, sayur salad dan buah serta tuna, cukupla untuk alas perut anak beranak..

Amal Khalisah yang masih lagi kepenatan dan mengantuk. Syiokla tidur sejuk-sejuk gini..

Bangun tidur, cari strawberry.. mommy, hungry..

kami sampai agak awal pagi, kedai kebanyakan tak buka lagi.. pukul 10am baru mula beroperasi dan petang dalam pukul 6pm diorang dah start tutup kedai...

errr, tumpang lalu ye.. nak masuk malu...

otw nak balik apartment, jalan tepi pantai, romantika de amour la sangat kan..
psssttt... mak buyong dah start sakit kaki..

Balik apartment, tukar apa yang patut, makan sikit buat alas perut then baru mulakan aktiviti..

super duper excited dapat jalan-jalan..
sementara tunggu bas, kita ambil gambar dulu

Pengangkutan utama kami kat sini adalah bas.. Senang nak bergerak kemana, dengan bantuan pakcik google, memang senang sangat la nak tau bas no berapa nak amik dan waktunya sekali.. Berpandukan Journey Planner, segalanya mudah. Guna kad touch go, tak payah runsing-runsing nak keluarkan wallet, bayar tambang.. 

Yang paling aku rasa selesa berada di Gold Coast, orang kat sini tak la sombong. Kita jalan kaki pun, kalau berselisih mesti diorang tegur. Driver bas pun ok. Ramah. Nak jumpa sampah pun susah tau. Ada juga la aku berseloroh dengan mr husband minta dia cari kerja di Australia. hehe.. Mimpilah.. Kot mana pun Malaysia tetap best..

Next entry aku akan share cerita SeaWorld ye... daaa..




3 comments:

~LeeyanaRadhi~ said...

syoknyeee nok! jeles mak! hehe

...mommy jue... said...

noks, beli tiket airasia, murah.. terus ke GC.. pastu leh kumpul duit bulan2 datang sini.. tak shopping pun takpe, datang jalan2 je.. best nokss...

Mama Likha said...

wahhh.. best yer jue.... nmpk nyaman jer kt sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...