Thursday, August 16, 2012

Selamat balik kampung & selamat hari raya

Assalamualaikum.. Aku rasa ramai yang dah balik kampung, cuti awal. Memasing tak sanggup nak tempuh kesesakan lalulintas. Balik kampung awal syiok, boleh buka puasa sekali dengan family besar kan? Boleh tolong mana yang patut.. Rata-rata kawan kat facebook pun dah wish selamat hari raya, dah siap maaf bagai.. Syahdu plak.. 


Pada yang balik kampung, hati-hati di jalanraya, bawa kereta baik-baik. Jangan fikir nak cepat sampai, sedap tekan minyak je. Keselamatan orang sekeliling kene fikir sama.. Semoga semuanya selamat ye.. Yang penting,  sila baca doa setiap kali naik kenderaan, tak kisah la mana pun korang nak pegi.. Amalkan.. boleh?


At last but not least...


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..
Semoga syawal ini lebih bermakna buat kita..
Ampun & maaf di pinta ikhlas dari lubuk hati..
Mudah-mudahan ada masa kita ketemu lagi.
Makan lemang ketupat, inga kami di perantauan ye...
sobsss....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...