Wednesday, August 8, 2012

Persiapan Aidilfitri

Assalamualaikum.. Meriah kawan-kawan kat Malaysia dok buat persiapan Aidilfitri. Jalan TAR sure sesak giler kan? Aku rasa, tahun nie lah tahun paling lega untuk aku dan suami. Takde fikir nak shopping raya pun. Cukuplah sepasang baju melayu, sepasang baju kurung untuk Amal Khalisah dan sepasang jubah untuk aku. Itu pun aku serahkan semuanya pada mama kat Kuantan, cuma bagi saiz je.. Yang lain-lain, bab pilihan warna semua terpulang pada mama.. Aku cuma tau bila baju dah sampai sini. Kirim dari kawan mr husband yang pulang sekejap ke Malaysia.

Kalau bebudak teruja dapat baju raya, tak sabar-sabar nak try, kitorang nie apatah lagi. Husband masuk je rumah, pakat-pakat amik beg, terus try baju. Wallah, ngam-ngam. Si kecik nie pun sama naik try juga. Tak menyempat. Lepas tu satu masalah, dia takmo cabut baju. Hahaha.. Jenuh nak pujuk.

InsyaAllah, hujung minggu nie buat satu dua jenis kuih raya je kot.. Nak bagi merasa suasana raya even kat perantauan.. Lagipun raya sehari je, esoknya husband dah start kerja. Bolehla start puasa 6. Kalau kat Malaysia nie, sah-sah dok beraya sakan. 

Korang macamana? banyak lagi ke persiapan? sah-sah lebihkan anak-anak dari diri sendiri kan? hehe.. selamat bershopping...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...