Saturday, August 25, 2012

Pengalaman syawal di perantauan...menginsafkan

Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah, syukur alhamdulillah syawal kali nie kami sambut serba sederhana tetapi meriah. Malam sebelum tu, aku sempat masak nasi impit, rendang ayam (memang no choice) dan kuah kacang. Serba sedikit.. Sate Ayam pun sempat la bakar malam tu, main campak dalam oven je.. Sudahnye sedikit keras.. Rumah tak berapa nak kemas lagi, memang penat.. 

Esok seawal 4.00am, buka tv1 sambil dengar takbir raya, teruskan memasak kuah lodeh. Perasaan sebak tu Allah je yang tau.. Hari sebelum tu pun, tengok tv rtm, orang sibuk balik kampung, dengar plak lagu raya, memang menangis teresak-esak jugaklah.. Rindu suasana beraya kat Malaysia. lagi dengar takbir raya, luluh rasanya hati nie..

Pukul 6.00am, kejutkan Amal Khalisah, paksa dia mandi.. Kat sini pukul 6 tu dah terang benderang... Kali pertama nak solat aidilfitri di sini.. Perasaan bercampur baur.. 

Satu-satunya Masjid di sini...

Sempat bergambar kenang-kenangan di sini sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri

Sebaik melangkah masuk ke dalam ruang solat wanita, hati aku benar-benar tersentuh. Kalau kat Malaysia nie, memang serba serbi barulah. Masing-masing pakai baju baru, telekung baru, ceria je. Tapi tidak di sini. Hampir menitis air mata ini melihat keadaan diorang. Timbul rasa keinsafan di situ.. Tiada baju baru, tiada tudung baru, tiada telekung baru. Telekung yang di pakai hampir lusuh, baju yang di pakai pun lusuh, ada sedikit koyak. Kanak-kanak pula cuma memakai baju kemeja t yang lusuh dan koyak. Memang berbeza dengan suasana kita di Malaysia.. Seakan pesta bila menjelangnya syawal.. From top to toe, serba serbi nak baru..

Jemaah wanita Papua New Guinea yang ada kat sini, memang tak lari mata mereka dari memandang aku. Bukan pandangan serong tapi pandangan seakan ingin berkawan. Hanya senyuman je yang mampu aku berikan.. Hinggakan saat akhirnya solat sunat, ada yang datang pada aku, salam dan berpelukan.. Hingga saat kaki melangkah keluar dari masjid nak naik kereta pun tangan mereka masih lagi melambai.. 

Kalau di beri kesempatan, aku akan ke sini lagi..Mudah-mudahan Allah permudahkan niat murni aku untuk membantu komuniti Islam wanita di sini. Pakaian kat Malaysia yang mana tak muat dan masih elok, memang aku nak sedekahkan kat diorang cuma bagaimana caranya, masih tidak di ketahui..

Sungguh, syawal pertama di sini memang betul-betul menyedarkan aku akan betapa pentingnya hidup besederhana, beraya ikut ibadat bukan ikut adat semata. Seminggu aku termenung, memikirkan hal nie. Memikirkan nasib kanak-kanak kat sini. Memikirkan saudara seislamku di sini.. Walaupun kehidupan mereka serba sederhana, serba daif, namun rumah Allah tetap mereka kunjungi, ibadat pada Allah tetap mereka tunaikan.. Tanggungjawab sebagai muslim tetap mereka jalankan.. Allahuakbar..

Yang berserban tu Imam masjid nie..

Jemaah yang hadir.. Dari pelusuk negera..memang meriah

Pengalaman berharga untuk aku sekeluarga.. Memang takkan dapat kat Malaysia.. Seronok sangat. Syawal yang serba sederhana untuk kami sekeluarga.. moga ikatan ukhwah antara aku dan saudara islam di sini bertambah kukuh.. Walaupun berbeza budaya, berbeza warna kulit, berbeza bahasa, namun hakikat, kami semua sama.. Bersaudara...

4 comments:

nyonyacyber said...

Bersyukur kita dilahirkan di bumi malaysia yg serba sempurna utk kita terus beribadat...insyaallah

I.B.K said...

kat mne nih?

...mommy jue... said...

I.B.K - Nie kat Papua New Guinea...

Mama Likha said...

ada hikmahnya yer bila jue susah hati dan sedih2 tk dpt beraya kt malaysia. sekurang2 nya jue dpt pengalaman baru ni.... sekali dlm seumur hdup pun dh ok jue...


sedih baca jue... rasa nk derma jgk baju2 yg tk muat, mcmne jue? nti2 jue jgn lupa zte yer if ada saluran nak hntr ke sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...