Wednesday, August 8, 2012

Nasi Ayam Penyet versi perantau

Assalamualaikum.. Seminggu nie memang tak dapat nak puasa, doktor awal-awal dah membebel masa check up semalam, berat turun mendadak katanya. Aku rasa penimbang tu tipu. Dek kerana tahap kesihatan tak mengizinkan, aku dengan berat hati terpaksa lah makan di siang hari, itupun sebab nak habiskan antibiotik dalam tempoh seminggu nie.. Letih dah nak pakai face mask memanjang, tak boleh nak gomol-gomol anak. kungkang batuk tak kira masa.

Kalau kat Malaysia nie, takde hal punye, masuk wad saje. Kat sini, tengok wad masa scan semalam pun ngeri.. Alhamdulillah, baby dah masuk 18 weeks, cuma tak beberapa aktif, sian anak mommy.

Hari nie nak tebus rasa bersalah pada suami semalam, sebabnya sepanjang bulan puasa, semalam je lah husband berbuka dengan Meggi Tomyam. Aku pun join sama jugak. Sumpah rasa berdosa, memang rasa bersalah berbakul-bakul. Kalau ikutkan husband, request nak makan nasi lemak ayam berempah, tapi aku macam tak terasa nak makan nasi lemak. Rindu nak pekena ayam penyet, dan aku pasti, husband mesti suka punye. 

Nasi ayam penyet perantau, sayangnya takde tempe. sobs

First time masak nasi ayam penyet nie, aku mula kenal nasi ayam penyet bila husband bawa makan kat Wong Solo. Memang kena dengan citarasa dia lah. Ok, aku nak share resepi dengan kengkawan semua, kot-kotla boleh jadi menu weekend nie kan.

Untuk ayam (aku amik bahagian peha saje)
*6 ketul peha - aku rebus untuk buat stok. air rebusan tu nak masak dengan nasi dan buat sup. ayam ketepikan dan tos.

bahan untuk perapan ayam - di kisar - kalau nak lagi sedap, ayam di perap semalamam
*3 sudu ketumbar - di sangai tanpa minyak
*2 sudu jintan manis - di sangai tanpa minyak
*1 sudu jintan putih - di sangai tanpa minyak
*1 sudu besar serbuk kari
*1 sudu besar serbuk kunyit
*1 sudu serbuk lada hitam
*1 batang serai
*1 sudu kecil garam
*1 cm halia
*2 ulas bawang putih

Untuk sambal kicap
* 6 sudu kicap pekat - aku guna kicap ABC, sah-sah kicap indon kan
* 3 ulas bawang putih
* 5 ulas cili padi - bergantung pada tahap kepedasan korang
** masuk semua dalam blender, kisar saje.. sonangg.

Untuk sambal pedas
* 5 ulas lada besar, 5 ulas lada kecil - bergantung pada kepedasan yang korang nak
* 2 biji tomato
* 1 cm belacan
* 1 ulas bawang besar, di mayang
* 2 sudu ikan bilis
* 3 ulas bawang putih
**goreng kesemua bahan di atas hingga layu, ketepikan, sejukkan seketika dan kisar separa lumat. Nak umpphhh, gula lesung batu..
Gaul sambal tadi dengan 2 sudu madu/gula merah. Perasakan sedikit dengan garam

Untuk nasi 
* Basuh beras sehingga bersih, dan toskan
* Gunakan stok ayam tadi untuk masak nasi

Hidangan sampingan (lebihan perapan ayam, jgn buang.. boleh perap tauhu & tempe)
* Tauhu - goreng
* Tempe - goreng
* Kacang panjang - di celur
* Timun
* Kangkung - di celur

Senang kan? Tak ambil masa yang lama pun untuk prepare semua nie, kebetulan bahan-bahan pun dah sedia ada kat rumah. Ngam-ngam selesai masak, masuk waktu berbuka. Kalau ikut selera aku, makan nasi dengan sup, tapi husband lebih suka makan kering macam tu. Ikut atas citarasa memasing..

Yang pasti, menu nie sesuai untuk seisi keluarga, kanak-kanak pun suka. Bak kata Amal Khalisah, yummy!! 

p/s : first time husband menangis kat meja makan, sedap katanya.. touching letteww.. Siap sound awal-awal, balik Malaysia pun sila rajin macam nie, no more Wong Solo... Erkkkk...


3 comments:

shafiqabdshukor said...

adeh..
rindu nak rasa ayam penyet...

bunga_rose said...

still, kagum dengan ko... pandai ko masak mcam2 menu utk kuarge kan.. aku kt sini dah mudah pun malas nak masak utk buka & sahur ahaahah..

...mommy jue... said...

bunga : teringin ko.. kalau kat mesia nie tade plak camnie.. sah2 aku ajak makan luar je.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...