Friday, August 10, 2012

Menu sesuai untuk bersahur

Assalamualaikum... Kekadang tekak nie boring makan nasi, letih nak suap ulas nasi masuk mulut. Sekali sekala, ubah selera pun ok kan? Kat facebook dok bertepek gambar burger bakar. Meleleh air liur mak buyong kat sini. Kesian tau.. Sobs..

Dek kerana takde idea nak masak apa, setelah setengah jam termenung depan peti sejuk, maka terhasillah menu nie.. Nie kira nak perabihkan stok yang ada dalam peti sejuk nie.. Jimat ruang. kihkih..

Roti burger takde, guna roti biasa je.. Bakar sikit kasi garing

Semuanya aku campak dalam oven, senang. Badan tengah tak sihat, memang malas nak berdiri lama.. Menu camni sesuai ke untuk berbuka? Hmm, bolehla kot. Kenyang jugak.. Nak bagi kids makan masa sahur pun ok. Kesian la bebudak nak habiskan nasi during sahur. Sesekali kene ubah selera, bagi semangat untuk anak berpuasa.. Kan?

Mr husband memang suka menu ala-ala western nie, sekali sekala bolehla buat.. Nak makan tiap-tiap hari, aku pun jemu.. Hmm, nampak banyak sangat menunya kan? Actually boleh 2 kali makan, berbuka dan sahur.. Untuk perut aku, tegur air, telan kurma pun dah kenyang.. Selebihnya makan masa sahur, panaskan je.. Jimat masa.. yedop?? kihkih..

p/s : actually aku dah kering idea apa nak masak... help!




2 comments:

Cik Ila said...

Semoga akak cepat sembuh..;)

...mommy jue... said...

terima kasih dik.. selamat hari raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...