Thursday, August 9, 2012

Menu ala Kenny Rogers

Assalamualaikum.. Menu weekend baru nie. Semuanya emergency. Kat sini, hari Sabtu pun husband kerja, memandangkan gaji dah masuk, barulah dapat nak shopping barang dapur. Balik kerja dah lewat, nak tunggu mak buyong dengan anak dara sorang nie siap memang la lambat. Nak menapak turun tangga dari tingkat tiga lagi. Fuhh, memang dugaan. Tambah-tambah, mak buyong tengah semput, maka kelajuan untuk berjalan kaki kena kurang kan.. Semputt...

Mula-mula ke Harbour City, cari barang nak bake cake. Hmm, tak banyak pilihan, dengan makhluk penduduk yang ramai Nauzubillah, memang sekejap jelah kitorang kat situ.. Oh ya, dapat juga jumpa orang Malaysia kat sini. Tu pun dia berani nak bagi salam sebab nampak aku pakai tudung, keliru mungkin. Indon ke minah nie? Ke Malaysia.. kikiki.. Kat sini, orang ingat mr husband nie orang filiphina.. Kuang3..

Dah penat ke HC, teruskan langkah ke RH vision city. Dekat je dengan rumah. Dalam kepala otak masih tak tau lagi nak makan apa untuk berbuka. Kalau kat Malaysia nie, sah-sah makan luar lah kan. Dok belek barang, tengok barang itu ini.. Capai barang tu, capai barang nie, takmo penuhkan troli. Hazab nak angkut sampai tingkat 3.. Husband dengan pantas bagi idea, "kita makan ala-ala kenny rogers nak? beli ayam yang dah siap marinate.."  Aku kalau bab orang bagi idea, benda yang memudahkan, tersangatlah bersyukur.. Lagipun husband sendiri dengan rela hati nak masak untuk berbuka nanti.. Yeay!!

Nasi, pasta salad, mashed potato.. ayam bakar.

Penat mendaki tangga 3 tingkat tak hilang lagi, kesian pula tengok husband bertungkus lumus sorang-sorang kat dapur.. Kelam kabut je gayanya.. Memang perlukan bantuan. Pasta dah siap rebus, kentang pun dah siap rebus, tugas aku selesaikan semuanya.. Campak apa yang patut, selesai... Akhirnya, terjadilah menu yang ringkas nie.. Sedappp..

Nak resepi? tak payahla kot.. korang makan jelahh kat kenny rogers tu.. sobs...

p/s : Nak makan daging, nak makan daging...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...