Wednesday, August 15, 2012

Kuih raya...kuih raya..

Assalamualaikum.. Penyakit M tertinggal kat Malaysia agaknya. Kat sini serba serbi rajin. Dalam sejarah, kat sini aku buat 4 jenis kuih raya. Semua sikit-sikit jelah, takde la sampai berbekas-bekas. Kuih fav husband, haruslah buat kan.. Kikiki..

Little helper pun ada juga, sama naik sibuk kat dapur nak tolong. Nak tak nak terpaksa asingkan satu bahagian untuk dia main. Sekarang nie tiap kali celik mata, ajak aku buat kuih raya. Semalam selesai semua jenis.. Cornflakes madu, biskut arab, biskut makmur dan semperit. Semua big size.. haha..

the making of cornflakes madu..

Amal Khalisah awal lagi dah tidur, lepas isyak dia dah tak sedar hape dah.. Aku nie lega sikitlah, dengan harapan dia lena sampai pagi, dapatla buat kuih tanpa gangguan mektok. Hmm, harapan kecewa. Tengah aku dok keluarkan bahan-bahan baking, dia bangun.. Excited kemain lagi. Aku takde masalah dia nak kacau, bagi dia belajar.. Jangan dia usik oven dahla..

Macam biasa, dah siap bakar, part merasa memang husband yang jadi mangsa.. Mektok nie pun sama naik nak merasa sama.. Hamik, anak beranak mengadap bekas kuih raya. Macam tak sempat nak raya je kuih nie habis.. kikiki.. 

Korang semua buat kuih raya ke main tunjuk-tunjuk je?



1 comment:

Mama Likha said...

hihi mektok amal comel sgt !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...