Thursday, August 2, 2012

Homemade taufufa mudah

Assalamualaikum.. Dugaan sungguh duduk kat sini, bila tekak teringin nak makan sesuatu, memang kene rajin usahakan. Aku nie memang suka makan tafufa, tak sah kalau pegi pasar malam tak beli taufufa.. Lagi-lagi kalau taufufa tu sedap.. Ya Allah, menggugat jiwa tau.. tak tenteram tidur malam ku..


Kat sini, usah kata taufufa, soya pun aku tak pernah jumpa.. Yang ada air soya dalam tin.. Yoe's kegemaran ramai.. Tekak memang teringin giler nak makan taufufa.. 


eh, tiba-tiba ada taufufa depan mata.. canne tu? Meh nak kongsi resepi durhaka...

.::taufufa anak rantau::.

segenggam agar-agar tali (ala yang macam tali rafia tu)
nak guna agar-agar serbuk pun boleh jugak
secawan air
500ml - 1liter air kacang soya
daun pandan
sedikit garam

Cara-cara
*Larutkan agar-agar dengan air
*setelah larut, masukkan air kacang soya.kacau sebati
*masukkan daun pandan -bagi wangi
*setelah sebati, tapis air soya tadi dan tuang kedalam bekas.
*simpan dalam peti sejuk hingga keras
*sampai masa nak makan, scoop kan soya tadi dan makan dengan air gula/gula merah..
dah siap..

senang kan?
kiranya macam agar-agar soya la nie.. kalau nak sedap lagi, air soya tu perah sendiri, baru kick.. hehehe... selamat mencuba ye...

p/s : lepas nie semuanya nak homemade.. puas hati bila makan...


2 comments:

Cikbintang said...

nk try larh resepi ni sis..trima kasih share =)
mmg rasa puas bila wt sdri kn..kbrsihan pon trjamin

iela said...

wah...menariiiikkkk... nak try lah.. hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...