Wednesday, August 1, 2012

Dugaan ramadhan..semoga semuanya selamat.

Assalamualaikum.. Pejam celik dah masuk 12 hari umat Islam berpuasa kan? Dan sedar tak sedar, kita dah masuk bulan 8. Cepat sungguh masa berlalu. Dah dua hari aku tak beberapa sihat, tonsil membengkak, demam kebah, sakit tekak yang amat. Dalam keadaan aku yang sedang membuyung nie, sah-sah la bertambah tak larat. Impian nak puasa penuh kali nie memang tak kesampaian. Kesihatan harus di utamakan. Kat sini bukan macam Malaysia, tak sihat sikit senang nak cekau pegi klinik. Jangan mimpi lahh... 


Seingat aku, dah 2 minggu lebih tak hujan. Cuaca kering tapi berangin. Tambah pulak, penduduk kat sini suka sangat la buat pembakaran terbuka, kawasan tempat tinggal aku nie atas bukit, kiri kanan, belakang semua bukit. Ada la penduduk kampung kat sini yang bakar rumput bukit, habislah debu berterbangan ke rumah kami. Tambah pula ada kerja-kerja pembinaan kat sini, lagi la meriahhhh dengan habuk. Ini juga salah satu faktor aku anak beranak tak sihat. Duduk dalam rumah, mengharapkan aircond dan kipas semata, nak amik angin luar, sekali sekala buka juga sliding window, tapi menahanlah azab debu-debu..


Pagi nie pula, aku mendapat khabar yang mak mertua tak sihat, takde selera makan dan sekarang berada di hospital. Ya Allah, semenjak dua nie memang kesihatan dia tidak mengizinkan. Kesian, sedih, risau, semua perasaan bercampur baur. dan aku tau, insan yang paling risau adalah suami aku. Hanya doa yang mampu aku kirimkan dari jauh mengharapkan semuanya sihat dan selamat..


p/s : dugaan umpama rencah hidup, tanpa dugaan, manusia tidak akan matang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...