Wednesday, August 1, 2012

Donat...gebu gitu

Assalamualaikum.. Ini cerita lama tapi baru sekarang ada masa nak update.. Actuall husband request dah lama dah nak makan donat.. Aku pula cuak-cuak malas nak membuatnya. Maklumlah, ini 1st time nak bergelumang dengan tepung, buat donat nie.. Sebelum nie tau hulur duit, beli kat kedai.. Paling cikai pun, beli donat yang pagi-pagi selalu orang jual tu.. sedap sungguh.. Nak demand sikit, ajak beli kat big apple.. Dasarrrr.... Duduk kat sini, jangan mimpilah nak semua tu.. 

walaupun rupa tak semenggah, tapi rasa gebu gitu..

Kot-kot la terliur tengok donat nie, bolehla cuba resepi nie yek..

.::Donat::.

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3 sudu besar mentega - di cairkan
4 sudu besar gula pasir - kalau rasa nak manis, letak lagi
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 biji telur - takmo letak pun takpe, takut anak alahan kan.

cara-cara :

* mentega yang telah di cairkan, boleh di ketepikan..
* satukan gula dan susu dalam air suam, kacau sebati sampai gula larut. Masukkan yis dan teruskan kacau.. Biarkan selama 10 minit (sampai yis naik buih)
*pukul telur dan campurkan sekali dengan mentega cair 
* campuran yis tadi dimasukkan kedalam bekas yang berisi tepung, gaulkan sebati.. Rehatkan adunan selama 45-55minit.. bagi peluang adunan naik gebu
* jangan terkejut kalau adunan tu agak lembik, itu adalah normal. banyakkan tepung kat tangan, supaya proses mengadun berjalan lancar..kikiki... teruskan menguli ye..
* ambil adunan letak atas papan pencanai, terapkan dengan acuan donat, kalau takde acuan, guna je cawan atau sebarang benda bulat.. Kalau malas nak terap, uli bulat-bulat sudeyyhhh..
* Panaskan minyak, macam biasa.. goreng dengan api sederhana... Dah siap goreng, golek-golekkan atas gula kastor 

p/s : daku blendkan gula kasar dan campurkan dengan serbuk kulit kayu manis.. rasanya lagi wallah.... sedappp..

selamat mencubaaaa...




3 comments:

kakchik@ella said...

KC pun suka makan donut tau tapi suka beli jer. tak penah buat sendiri. hehe.

zzanyy said...

sedap nyaaa..

bunga_rose said...

telan air liur aku tgk donut ko...

last aku buat donut masa darjah nam.. pastu tak penah buat lagi dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...