Sunday, August 26, 2012

Batuk oh batuk

Assalamualaikum... kofkofkof... Rasanya dari start puasa sampai dah raya, batuk nie tak baik-baik lagi. Asal baru nak baik, mesti batuk balik. Especially time raya baru nie, makan tak hengat dunia, semuanya pedas, berminyak dan berlemak.. Oh, memang mengundang penyakitlah kan. Sebulan puasa, makan ala kadar je, masuk je raya, semua benda nak sumbat dalam tekak nie, macam takde hari esok dah.. Sudahnya raya pertama tu, aku sakit perut, muntah-muntah dan demam..

Ubat antibiotik dah lama habis, tapi batuk tak baik-baik juga. Baru nie sekali lagi ke klinik, melayang 200kina.. hmmpfff.. Doktor bagi antiobiotik juga cuma dos yang lebih tinggi dari sebelum nie. Dengan harapan dapat lah kurangkan sikit batuk yang membawa ke serangan asthma. Tau jelah ibu mengandung, antibodi tak berapa nak stabil, ubat pun bukan boleh sebarangan makan. 

Minggu depan ada follow up dengan doktor yang sama. Harap-harap masa tu batuk nie dah baik lah.. tak sanggup nak keluarkan duit macam tu je.. bukan murah-murah deknon.. Minggu satu lagi dah nak fly out dari sini.. Biasalah pendatang macam kami nie, 2 bulan sekali kena keluar, dan harapnya boleh masuk semula la.. Kalau tak, nangis la makcik.. sobs..

p/s : kot-kot la korang ada petua nak hilangkan batuk, mehla bagi kat mokcik nie...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...