Wednesday, August 1, 2012

Ayam percik sentuhan kalbu

Assalamualaikum.. Ini salah satu menu kegemaran husband dan aku pasti time bulan puasa macam nie, memang berpusu-pusulah orang ke gerai ayam percik. Memangla seronok kalau bab makan dan menternak lemak nie.. Superb la sangat kan.. kikiki.. 


Satu ketul cinonet ayam percik mau sampai RM3.00 kot? Aku kurang pasti tang harga nie sebab biasanya buat sendiri je. Mudah, murah dan makan sampai puas.. Since bulan puasa, memang la kita akan masak menu yang istimewa untuk keluarga, aku nie pun walaupun bertiga je, masak memang meriah.. Lagi seronok masak menu kegemaran suami, dan makan sehingga menjilat jari.. Hilang segala penat lelah..


Ayam percik versi mak buyong

Aku nie takdela pakar masak, masterchef sebagainya.. Masak pun ada masa google resepi, buka buku, main campak-campak asal boleh je.. Yang nie 1st tengok mak mertua masak, then olah sendiri ikut kesesuaian tekak.. Resepi yang sangat simple dan ringkas..

.::Ayam Percik::.


Ayam 
Santan
Air
bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering - di kisar
garam
madu/gula
serai - di katuk
serbuk kari sikit
serbuk kunyit
ketumbar, jintan manis, jintan putih -sangai dan kisar

Cara-cara :
*Perap ayam dengan madu, ketumbar, jintan manis, jintan putih dan garam kunyit (sejam)
* satukan kesemua bahan di atas dalam periuk dan masak hingga mendidih
*panaskan oven, 180c selama 15minit..
*masukkan ayam yang telah di perap ke dalam kuah percik, masak seketika
*keluarkan ayam tadi, dan bakar dalam oven
*setiap 5-10 minit, renjiskan ayam dengan kuah percik tadi..
*ulang proses sampailah ayam masak..
*masak kuah hingga pekat..
*tuang kuah percik ke atas ayam semasa di hidangkan...

**kepedasan, kemanisan, semua bergantung pada korang ye.. aku memang tak ikut sukatan. main anggar je..

p/s : makan dengan nasi kerabu nie memang sedappp..



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...