Friday, July 13, 2012

Warna Warna Papua New Guinea

Assalamualaikum.. Weekend baru nie berkesempatanlah jalan-jalan sekitar PNG. Itupun biras aku yang bawa.. Abg mie memang dah lama duduk sini, kerja kat sini. Balik Malaysia setahun sekali je. Husband aku bernasib baik lah sebab datang sini je ada orang yang boleh tolong tengok-tengokkan dia. Setakat jalan-jalan kawasan bandar nie, memanglah takde hal, husband boleh bawakan. Tapi nak jalan jauh sikit, memang tak berani lah.. 

Vision City, mall terbesar kot kat sini kalau tak silap aku..

Tempat nie la yang selalu aku pegi kalau nak beli barang dapur.. Eh, selalu ke? Rasanya baru dua kali kot.. Dalam nie ada supermarket RH, Company Malaysia punya kot kalau tak salah. Jarak tak jauh mana dengan rumah, turun bukit, seberang jalan dah jumpa VC nie. Macam biasalah, pegi tempat orang, aku dengan bertudung sah-sah orang pandang lain macam, jadi tumpuan orang. Terasa janggal jugaklah.. Mungkin diorang pelik, sebab kulit aku sama je warna ala-ala dodol dengan kulit diorang. Cuma beza aku pakai tudung. Bak kata suami, aku macam mualaf PNG.. dengggg..

Diorang suka lepak santai bawah pokok

Nie restoran fast food kot. Yang pasti, Kakaruk tu maknanya AYAM

Kawasan perkampungan kat sini

kawasan perkampungan jugak.

Sekarang nie tengah pilihanraya

Yang pasti, orang kat sini muka semua dekat-dekat. Memang boleh keliru.. Semua seakan sama je.. Terutama lelaki lah. Jangan terkejut kalau nampak bibir masing-masing merah, sebab diorang suka makan buah pinang. Makan, ludah. Merata-rata ludah. Kat kaki lima mall, tak kisah mana-mana memang ada kesan merah. Aku yang tengok nie geli lah jugak. Terasa kembang tekak. Mr husband cakap, diorang makan pinang sebab nak elak lapar. At least, takde la fikir pasal makan sangat.. Belanja kat sini tinggi. Berganda dari kita.

Nak tengok yang mewah, ada tapi tak ramai. Orang kat sini, ada yang tak pakai kasut, berkaki ayam je. Mungkin cara diorang kot. Ntahla, aku pun tak pasti. Tang bau badan tu, normallah.. Cuma aku sedikit tak selesa, timbul rasa loya bila lalu dekat diorang. Maybe sebab aku mengandung.

Actually, duduk di tempat orang buat aku bersyukur jadi rakyat Malaysia.. Segala kemudahan ada. Barang pun mampu milik. Kat sini, jalan raya memang teruk. Lubang sana sini. Pengangkutan awam pun tak banyak. Ntahlah.. Susah nak cerita.. 

Ok, nanti ada masa aku share lagi pengalaman kat sini. Daaa....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...