Friday, July 6, 2012

Salam rindu dari Papua New Guinea.. i miss Malaysia

Assalamualaikum… Salam dari rantau.. Wah, gitu kan? Kikiki.. Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai, syukur sangat segalanya di permudahkan. Kelam kabut jugalah semalam. Teksi lewat, kitorang pula terpaksa jemput teksi datang rumah sebab driver sesat. Bayangkan dari Pandan Indah nak ke LCCT, gerak dari rumah mertua jam 3.30pm. Flight jam 5.30pm. Memang kelam kabut, tak sempat makan langsung. Dekat 5.30pm ngam-ngam baru kitorang dapat naik flight, itupun nasib kitorang baik sebab dapat naik. Lega giler.. Dalam keadaan perut kami anak beranak lapar, terpaksala order meggi cup dalam flight.. Alas perut untuk sementara.

Sampai Singapore dalam 6.30pm, dah selesai check out semua, barula dapat cari tempat makan. Intai-intai juga halal restoran kat sana. Ada pizza hut, KFC, Burger King dengan apa ntah satu lagi restoran. Sental BK. Flight ke Papua New Guinea lebih kurang jam 11.10pm, memang banyak giler masa kat Changi Airport tu. Masa nak check in untuk ke PNG pun sama, queue panjang, orang ramai, pastu boleh je diorang tu kata tiket kitorang tak confirm lagi. Nyaris nak hanginn tapi Alhamdulillah, rezeki anak-anak, at last dapat juga seat.. Dari ekonomi class dapat naik business class. Selesa…


Kat Changi Airport, baru lepas check in.. 
Mommy yang sangat letih, tunggu masa nak naik flight dan bummm, tidur..

Dalam flight memang tidur jelah kerja aku, tapi tak selena tidur kat rumah.. Kejap-kejap bangun tengok anak. Kaki lenguh, krem semua ada. Badan penat sebab dah beberapa hari tak cukup rehat. Sampai PNG lebih kurang  7.00am waktu Malaysia. Hmm, mula-mula takut la juga, tengok keadaan sekeliling, airport pun biasa-biasa je. Nasib baiklah makanan kitorang takde yang kene rampas, dalam satu luggage tu memang penuh dengan makanan, ikan bilis, belacan, segala rempah ratus. Risau juga kan kalau-kalau kene rampas. Legaaaa semuanya selamat.

Satu badan sakit, jetleg sungguh. Mata nie nak tidur je, tak ingat lain dah. Rumah pun ok, selesa sangat. Cuma tak daya nak naik tangga la, 3 tingkat plak tu. Kesian kat husband sebab terpaksa angkut barang naik rumah sorang-sorang. Semuanya dekat 70kg. Haa, boleh pecah semua lemak tepu..

Ok, entry akan datang aku akan ceritakan keadaan kat sini macamana. Memang sangat jauh beza dengan tanah air tercinta Malaysia.. Mata berat, badan pun lemau lagi. Perut kenyang baru lepas sental nasi goring simple-simple.. Dengan keadaan rumah sejuk-sejuk aircond gini, memang senanglah lagi mata terpejam.. Daaa…
Salam sayang dari rantau.. Lots of love..

p/s : landing je terus terasa nak makan nasi lemak.. mano nak carik? Masak jelahhhh….


2 comments:

Pink Lavender said...

salam rindu dari malaysia!!!
selamat menjalani kehidupan di sana sis...=)

...mommy jue... said...

terima kasih.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...