Saturday, July 14, 2012

Pengalaman check up pregnancy di negara orang

Assalamualaikum.. Kandungan dah masuk 15 minggu.. Alhamdulillah.. 1st time check up kat tempat orang. Memang berbeza lah dengan tempat kita. Kat sini ada hospital kerajaan tapi tak di galakkan pegi. So, husband bawa pegi ke Port Moresby Medical Services. Hospital private. Doktor yang check pun doktor perempuan dari Filipina.


Port Moresby Medical Serives

Duduk negara orang, tak boleh nak jangka apa yang kita dapat, facilities sama dengan tempat kita. Kat sini, apa-apa pun kena bayar dulu. Deposit untuk check up mengandung je 400kina = RM620 duit kita. Lepas check up, tolak segala kos, balance tu kita dapat balik. Bukan apa, diorang takmo ada kes lari lah, tak bayar lah, nak hutang la.. Tak ke susah.. 

Kos untuk consultation dan urine test tadi dah 152kina. Kalau scan, lain pula harga.. Dalam 150kina juga kena tambah. Tadi pun just timbang berat, urine test, check blood pressure.. Itu sahaja. Doktor pun nampak macam kekok-kekok sikit. Takde macam kita, dapat buku setiap kali buat check up. Semuanya simpan dalam komputer. Nasib baiklah check up sebulan sekali je..

Dalam kawasan hospital

Masa doktor tu tanya plan nak bersalin kat mana, cepat-cepat aku jawab 'Malaysia'. Kalau balik bulan 11 nanti, masih boleh naik flight. Tapi kalau ada cita-cita nak balik bulan 12, sila simpan angan-angan tu sebab dah tak boleh naik flight. Next month kena datang lagi, untuk scan dan check up macam biasa. 

Hmm, hidup kat tempat orang nie, kena pandai bawa diri. Tak boleh harap semua benda murah. Sama la dengan foreigner kat tempat kita, masuk hospital kerajaan pun diorang takkan dapat sama price rate dengan kita. Kos bersalin macam kat hospital swasta. Kita je dapat subsidi, tu pun ada lagi yang merungut..

Bulan 11 nanti, sekembalinya ke Malaysia, aku kene tadah telinga je lah dengan bebelan nurse-nurse klinik kesihatan. Buku merah tak buka lagi. Matikkk.. Itu wajib, kalau duit berkepok jenis makan tak habis bolehla sedekah kat hospital swasta kan.. Ayarkkk....

p/s : ntah kenapa aku geli dengan tempat nie... especially tandas, nak nangis sebab terpaksa share dengan lelaki dan takde paip air.. owhhh noooo....

1 comment:

bunga_rose said...

kongsi dgn lelaki? takde air.. seksa wehhh...

aku tak tahan dgn bau badan diorang.. muka diorang pun menakutkan weh...

owh, aku baca pasal orang makan orang tu.. hati2 k kawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...