Wednesday, July 25, 2012

Nasi ayam perantau

Assalamualaikum.. Bulan puasa je, mesti nak update cerita masak memasak nie kan? Hehe, mana lah tau kot-kot boleh bagi idea buat suri rumah masak menu berbuka.. Aku kat sini pun kekadang kering idea.. Asal rasa teringin nak makan sesuatu, benda tu pulak takde, tak cukup bahan. Pendamkan sajelahh..

Nasi ayam, koktel dan pengat labu

Rasanya dah lama sangat tak masak nasi ayam untuk husband. Dia pun ada request nak makan nasi ayam. Benda mudah, bila ada orang bagi idea, daku masak saje. Tak payah fikir-fikir apa nak masak, tinggal nak bersilat je kat dapur. 

Part yang paling seronok bila tengok husband dan anak makan dengan penuh selera, penat lelah semua terbang jauh. Owh, next week husband minta repeat nasi ayam lagi. Hehe, mak tak kisah nokss.

p/s : nak dapatkan sambal nasi ayam yang sedap? senang je, masa blend sambal tu tambahkan sikit oren sunquick (yang kita sokmo buat air tu) dalam sambal.. sikit je.. sure sambal sedap dan wangi.... Selamat mencuba!


1 comment:

bunga_rose said...

bagusnye kau... rajin pelbagaikan menu.. klu aku kat perantauan, agaknye megi jela menunya hahaahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...