Friday, July 13, 2012

Mengidam makanan di Malaysia

Assalamualaikum.. Kat sini dapat online internet bila malam je, siang bukan tak boleh tapi mahal sangat-sangat. Haiyohhh.. Tak kisahla janji boleh update blog, share pengalaman kat sini dengan kengkawan. Owh, sangat sentap bila buka facebook, kawan-kawan post gambar makanan. Ada durian lah, makan pizza lah, nasi lemak, macam-macam. Aduhai, terliur mak buyong kat sini.

Kat sini, buah durian so far memang takde pun. Kalau ada pun cuma nangka. Sebesar-besar nangka tu, diorang ada jual kat pasaraya. Sayur pun tak banyak sayur yang aku kenal, especially sayur daun. Setakat kobis, sawi putih, brokoli, bunga kubis tu ada lah. Lobak, tomato tu semua tempat ada kot. Nak cari kangkung, tak dapek den nak nolong eh.

Nak merasa makan daging, jauh sekali. Kebanyakan pasaraya, yang ada banyak daging pork. Daging halal memang takde.. Kembang tekak mak buyong. Ayam dari Malaysia yang ada halal jakim memang ada tapi kat frozen food. So far, husband beli ayam kat masjid, setiap kali solat Jumaat. Ada la sekor dalam k40 = RM55 duit kita. Mahal dak? Haiyakk..

Tak taula macamana bulan puasa nanti, sah-sah aku dok teringat makanan kat Malaysia, teringat bazaar Ramadhan, murtabak, air tebu. Owh man.. Husband awal-awal dah sound, mak buyong, please jangan mengidam kat sini. Susah nak cari. Gagaga.. Memang kena kawan nafsu makanlah jawabnya. Sobs.

p/s : jenguk peti ais, tak tau nak masak apa. Hmmppff..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...